Jadual di bawah menunjukkan hubungan di antara kuantiti input yang digunakan dengan jumlah keluaran sebuah firma
|
Friday, August 31, 2012
Mikroekonomi: Kuantitatif (S2)
Mikroekonomi: Kuantitatif (S1)
Jadual menunjukkan jumlah kos bagi sebuah firma pada pelbagai tingkat ouput.
|
a) | Hitung jumlah keluaran dan keluaran sut bagi setiap kuantiti buruh yang diberikan | [4] |
Kuantiti buruh (unit) | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
Jumlah keluaran (unit) | 20 | 44 | 60 | 72 | 80 | 84 |
Keluaran sut (unit) | 20 | 24 | 16 | 12 | 8 | 4 |
Jumlah keluaran | = | keluaran purata x kuantiti buruh |
= | 20 x 1 | |
= | 20 unit |
Sunday, August 26, 2012
Mikroekonomi: Kos Purata Jangka Panjang Dan Ekonomi Bidangan
a) | Apakah yang dimaksudkan dengan tak ekonomi bidangan dalaman dan tak ekonomi bidangan luaran. | [2] |
Tak ekonomi bidangan dalaman ialah kemerosotan kecekapan firma disebabkan oleh faktor–faktor dalaman firma yang membawa kepada peningkatan kos purata jangka panjang. Tak ekonomi bidangan luaran ialah kemerosotan kecekapan firma disebabkan oleh faktor–faktor luaran firma yang membawa kepada peningkatan kos purata jangka panjang. |
b) | Berdasarkan gambar rajah, huraikan bagaimana bentuk keluk kos purata jangka panjang (LAC) dipengaruhi oleh | ||
i. | ekonomi bidangan dalaman dan tak ekonomi bidangan dalaman | [4] |
Mikroekonomi: Ekonomi Bidangan Luaran
Bincangkan faedah yang diperoleh oleh sebuah kilang yang mengeluarkan barang elektronik apabila kilang tersebut ditempatkan di sebuah kawasan perindustrian | [10] |
Di antara faedah–faedah yang akan dinikmati oleh firma elektronoik tersebut ialah |
a) | Kemudahan infrastruktur |
Perletakan firma elektronik itu di kawasan perindustrian membolehkannya menikmati berbagai–bagai kemudahan asas dan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik yang disediakan oleh kerajaan, yang akan menggalakkan perkembangan firma itu secara keseluruhan dan menurunkan kos purata pengeluaran firma. | |
b) | Bekalan tenaga buruh |
Tumpuan tenaga buruh ke kawasan perindustrian akan menggalakkan penghijrahan tenaga buruh ke sekitar kawasan tersebut. Ini membolehkan firma elektronik itu memperolehi bekalan tenaga buruh mahir atau tenaga buruh kurang mahir dengan mudah. Ini akan menjimatkan kos latihan pekerja–pekerja baru dan menurunkan kos purata pengeluaran firma tersebut. |
Mikroekonomi: Ekonomi Bidangan
a) | Apakah maksud ekonomi bidangan dalaman dan ekonomi bidangan luaran ? | [2] |
Ekonomi bidangan dalaman ialah kenaikan kecekapan firma disebabkan oleh faktor–faktor dalaman firma @ pengeluaran secara besar – besaran yang membawa kepada penurunan kos purata jangka panjang. Ekonomi bidangan luaran ialah kenaikan kecekapan firma disebabkan oleh faktor–faktor luaran firma @ perkembangan industri secara keseluruhan yang membawa kepada penurunan kos purata jangka panjang |
Mikroekonomi: Kos Sut Dan Kos Berubah Purata
a) | i. | Apakah yang dimaksudkan dengan kos berubah purata ? | [2] |
| | Kos berubah purata (AVC) ialah kos berubah per unit keluaran AVC = jumlah kos berubah ÷ jumlah keluaran | |
| | | |
| ii. | Dengan bantuan rajah, jelaskan hubungan antara kos berubah purata dengan kos sut | [4] |
| | |
Mikroekonomi: Kos Sut Dan Kos Purata
a) | i. | Apakah yang dimaksudkan dengan kos sut dan kos purata? | [2] |
Kos sut ialah pertambahan dalam kos akibat daripada pertambahan satu unit keluaran Kos purata ialah kos per unit keluaran | |||
ii. | Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan hubungan antara keluk kos sut dengan keluk kos purata dalam jangka pendek. | [4] |
Mikroekonomi: Konsep Kos Pengeluaran
a) | Apakah maksud kos tetap dan kos berubah | [2] | |
Kos tetap ialah perbelanjaan firma untuk mendapatkan faktor – faktor tetap di dalam proses pengeluaran Kos berubah ialah perbelanjaan firma untuk mendaptkan faktor – faktor berubah di dalam proses pengeluaran | |||
b) | Apakah kesannya jika keluaran ditambah terhadap | ||
i. | Kos sut | [2] | |
Pertambahan keluaran pada mulanya akan menyebabkan kos sut menurun sehingga mencapai titik minimum. Pertambahan keluaran seterusnya akan menyebabkan kos sut meningkat |
Mikroekonomi: Konsep Jangka Masa
a) | Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan jangka masa pendek dan jangka masa panjang dalam suatu proses pengeluaran. | [4] |
Jangka masa pendek merujuk kepada satu jangka masa pengeluaran yang mempunyai sekurang–kurangnya satu faktor tetap seperti tanah, yang tidak boleh diubah kuantiti penggunaannya. Jumlah keluaran dapat ditambah dengan menambahkan penggunaan faktor berubah seperti buruh dan bahan mentah kerana firma akan menghadapi kesukaran untuk mengubah saiz loginya mengikut kehendak pasaran |
Mikroekonomi: Konsep Teori Pengeluaran
Takrifkan konsep – konsep yang berikut: | ||
a) | Logi | [2] |
Satu unit pengeluaran yang berbentuk fizikal yang digunakan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan oleh sesebuah firma Contoh:- mesin dan jentera | ||
b) | Firma | [2] |
Firma ialah organisasi yang mempunyai sebuah logi atau banyak logi untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan Contoh;- perniagaan syarikat dan koperasi |
Saturday, August 25, 2012
Mikroekonomi: Kuantitatif (S17)
Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah Qd = 150 – 5PX Qs = 30 + 3PX dengan PX = harga barang X (RM) Qd = kuantiti diminta barang X (unit) Qs = kuantiti ditawar barang X (unit) | ||
a) | Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X | [2] |
|
Harga keseimbangan = RM15 Kuantiti keseimbangan = 75 unit |
Subscribe to:
Posts (Atom)