Dengan
memberikan contoh, terangkan aktiviti
– aktiviti ekonomi yang tidak diambil kira dalam penghitungan pendapatan
negara
|
[10]
|
(a) Kegiatan produktif yang tidak dipasarkan
Nilai
keluaran hasil pertanian seperti penanaman sayur untuk kegunaan sendiri dan
tidak dipasarkan tidak akan diambil kira dalam penghitungan pendapatan
negara. Tetapi, sekiranya sayur tersebut dipasarkan dalam pasaran, nilainya
akan diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara.
|
(b) Kegiatan
ekonomi yang tidak dibayar dengan gaji
Nilai kegiatan gotong royong dan
perkhidmatan suri rumah dilakukan secara sukarela dan tidak dibayar dengan
wang selalunya tidak akan diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara.
Tetapi, jika kegiatan ini dilakukan oleh kontraktor dan pembantu rumah yang
dibayar dengan upah/gaji, nilainya akan diambil kira dalam penghitungan pendapatan
negara.
|
(c) Kegiatan
ekonomi yang produktif tetapi diharamkan
Di sesetengah negara yang
mengharamkan kegiatan produktif seperti penjualan dadah, pelacuran dan
perjudian, nilai aktiviti tersebut tidak diambil kira dalam penghitungan
pendapatan negara kerana menyalahi undang-undang. Tetapi, di negara yang
membenarkan kegiatan tersebut, nilainya akan diambilkira dalam penghitungan
pendapatan negara.
|
(d) Upah bukan wang dalam bentuk barang
Terdapat
kegiatan ekonomi produktif di kawasan kampung / pedalaman yang tidak
dibayar dengan wang tetapi di bayar
dalam bentuk barang (upah bukan wang). Nilai upah bukan wang ini selalunya
tidak diambil kira dalam pengiraan pendapatan negara. Tetapi, jika kegiatan
ini dibayar dengan upah wang, nilainya akan diambil kira dalam penghitungan
pendapatan negara
|
(e) Urusniaga
yang tidak menggunakan wang
Bagi kegiatan urus niaga dibuat
secara pertukaran barang dengan barang seperti antara 1 kg ikan dengan 1 kg
ayam (sistem barter), nilai barang yang yang ditukarkan tidak akan diambil
kira dalam pengiraan pendapatan negara. Tetapi, jika urus niaga tersebut
menggunakan wang, nilainya akan diambil kira dalam penghitungan pendapatan
negara.
|
(f) Bayaran
pindahan oleh kerajaan
Bayaran pencen kepada pesara, subsidi
dan biasiswa adalah kegiatan yang tidak produktif dari segi ekonomi kerana
tidak menghasilkan peningkatan kegiatan ekonomi dan tidak menyumbang kepada
pengeluaran barang dalam ekonomi. Oleh itu, nilainya tidak diambil kira dalam
penghitungan pendapatn negara. Tetapi, jika kegiatan tersebut adalah
produktif dari segi ekonomi, nilainya akan diambil kira dalam penghitungan
pendapatan negara.
|