Tajuk: Institusi Kewangan
|
|||
7
|
Terangkan kemudahan kredit
bank perdagangan yang berikut.
|
||
|
(a)
|
Pinjaman
persendirian
|
[3]
|
|
(b)
|
Overdraf
|
[3]
|
Jawapan Cadangan
|
||
|
(a)
|
Pinjaman persendirian ditawarkan
kepada individu berpendapatan tetap berumur 18 tahun ke atas untuk membiayai kos pelajaran anak-anak,
membeli unit amanah atau untuk memulakan perniagaan.
Peminjam perlu menyediakan penyata
pendapatan-perbelanjaan dan penjamin.
Kelulusan pinjaman bergantung pada kemampuan pemohon untuk membayar
balik pinjaman dan tujuan pinjaman itu dibuat.
Tempoh pinjaman tidak melebihi
tiga tahun dengan faedah atau bayaran perkhidmatan bank dikenakan atas
pinjaman dan pembayaran balik dibuat secara ansuran bulanan.
|
|
|
|
|
(b)
|
Overdraf ialah kemudahan
pendahuluan jangka pendek, di mana pelanggan dibenar mengeluarkan sejumlah
wang yang melebihi had yang ada dalam akaun simpanan semasanya.
Jumlah overdraf maksimum kepada
pelanggan akan ditetapkan oleh bank perdagangan.
Faedah atau bayaran perkhidmatan
bank dikenakan atas jumlah overdraf yang sebenarnya dikeluarkan, dan bukannya
atas jumlah maksimum overdraf yang dibenarkan oleh bank perdagangan.
|