Friday, August 3, 2012

Mikroekonomi: Keanjalan Permintaan Silang

a)
Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan silang ?
[2]

Keanjalan permintaan silang ialah darjah tindakbalas peratus perubahan kuantiti sesuatu barang yang diminta akibat daripada perubahan dalam harga barang lain.

Keanjalan permintaan silang
=
%∆Qy
%∆PX

b)
Dengan memberikan contoh berangka, jelaskan bagaimana sesuatu barang itu dikelaskan sebagai barang pengganti atau barang penggenap

   [8]

Pengkelasan barang kepada barang pengganti atau barang penggenap berdasarkan kepada nilai keanjalan silangnya.
Jika nilai keanjalan silangnya ialah positif, maka barang tersebut adalah barang pengganti.
Jika nilai keanjalan silangnya ialah negatif, maka barang tersebut adalah barang penggenap.


Harga barang A
(RM)
Kuantiti barang B diminta
(unit)
Kuantiti barang C diminta
(unit)
10
30
25
12
25
35

Keanjalan permintaan silang barang B berhubung dengan harga barang A
Ed silang
=
QB1 – QB0
x
PA0
QB0
PA1 – PA0

EDC
=
25 – 30
x
10
30
12 – 10

=
– 0.83


Barang A dan barang B adalah barang penggenap

Keanjalan permintaan silang barang C berhubung dengan harga barang A
EDC
=
35 – 25
x
10
25
12 – 10

=
2


Barang A dan barang C adalah barang pengganti