Tuesday, October 9, 2012

Bermonopoli: Persaingan Bukan Harga

a)
Apakah maksud pasaran persaingan bermonopoli ?
[2]

      Pasaran persaingan bermonopoli ialah satu struktur pasaran di mana terdapat banyak firma yang menghasilkan keluaran yang dibezakan tetapi merupakan pengganti hampir di antara satu sama lain dan firma bebas keluar masuk industri


b)
Terangkan mengapa firma dalam pasaran persaingan bermonopoli tidak melakukan persaingan harga sebaliknya melakukan persaingan bukan harga  

[2]

      Pasaran persaingan bermonopoli tidak melakukan persaingan harga tetapi melakukan persaingan bukan harga kerana:-


i.
barang yang dikeluarkan adalah berbeza corak dan mempunyai pengganti yang hampir

ii.
Firma pasaran persaingan bermonopoli mempunyai sedikit kuasa untuk menentukan harga

c)
Terangkan  bentuk-bentuk  persaingan   bukan  harga yang  dilakukan oleh  firma persaingan bermonopoli

[6]


i
Pengiklanan


    Firma akan menggunakan pengiklanan sebagai satu cara untuk membezakan keluarannya dari keluaran firma lain, memperkenalkan keluarannya kepada pengguna dan menunjukkan ciri –ciri keistimewa keluarannya dengan tujuan memujuk  pengguna membeli keluarannya di pasaran. Ia bertujuan untuk  menguasai pasaran.




ii
Perbezaan keluaran


    Perbezaan fizikal barang dari segi bentuk pembungkusan yang unik, bau, warna dan saiz untuk mempengaruhi pengguna di pasaran kerana terdapat pengguna yang membeli sesuatu barang disebabkan tertarik dengan corak pembungkusannya yang berwarna warni serta mudah di bawa.




iii
Perbezaan jenama


    Firma di dalam industri yang sama menggunakan jenama kepada keluaran masing–masing. Ia akan mempengaruhi pengguna untuk menggunakan sesuatu  barang kerana jenama yang berbeza akan menyebabkan pengguna menganggap barang-barang tersebut adalah berbeza. Contoh:- penjenamaan sabun kepada jenama-jenama seperti Fab, Breeze, Trojan dan sebagainya.




iv
Khidmat selepas jualan


    Khidmat selepas jualan yang ditawarkan oleh sesetengah firma seperti perkhidmatan lawatan ke rumah untuk pemeriksaan barang dan servis kereta  percuma oleh pengeluar-pengeluar kereta, turut mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu barang . Ini kerana pengguna merasa lebih yakin dengan kualiti barang, mendapat perkhidmatan istimewa dan dihargai sebagai pelanggan.




v
Galakan jualan


    Terdapat berbagai-bagai bentuk galakan jualan yang diamalkan oleh firma-firma seperti tawaran hadiah percuma, tawaran istimewa, sampel percuma dan cabutan bertuah bagi mempengaruhi  pengguna untuk membeli  keluaran mereka.


Nota: Pilih tiga isi sahaja