Tajuk:
Pengangguran, Guna Tenaga Dan Upah
|
||
9
|
Terangkan tiga
sebab mengapa tingkat upah buruh berbeza mengikut jenis pekerjaan
|
[6]
|
Jawapan
Cadangan
|
||
|
(a)
|
Perbezaan tahap pendidikan
Pekerjaan
yang memerlukan tahap pendidikan yang lebih tinggi akan menawarkan upah yang
lebih tinggi.
Contoh:
Gaji jurutera adalah lebih tinggai daripada gaji kerani kerana tahap
pendidikan yang diperlukan untuk menjadi jurutera adalah lebih tinggi daripada
kerani
|
|
|
|
|
(b)
|
Perbezaan
kemahiran dan kepakaran
Pekerjaan yang memerlukan kemahiran dan kepakaran yang
lebih tinggi akan dibayar upah yang lebih tinggi kerana memerlukan daya
pengeluaran yang lebih tinggi.
Contoh: Seorang dokor pakar yang lebih cekap akan
dibayar upah yang lebih tinggi berbanding dengan doktor biasa.
|
|
|
|
|
(c)
|
Perbezaan risiko
Pekerjaan yang berisiko tinggi akan menawarkan upah yang lebih tinggi
berbanding dengan pekerjaan yang berisiko rendah.
Contoh: Juruteknik Petronas yang bekerja di pelantar minyak akan mendapat
upah yang lebih tinggi berbanding dengan kerani di pejabat.
|
|
|
|
|
(d)
|
Perbezaan tanggungjawab
Pekerjaan yang memerlukan penjawatnya memikul tanggungjawab yang lebih
berat akan menawarkan upah yang lebih tinggi.
Pengurus akan menerima upah yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan
upah pekerja am
|
|
|
|
|
(e)
|
Kekuatan kesatuan sekerja
Bagi pekerjaan yang mempunyai kesatuan sekerja atau mempunyai kesatuan
sekerja yang kuat, ahli-ahlinya cenderung untuk mendapat tingkat upah yang
tinggi berbanding dengan pekerjaan yang tidak mempunyai kesatuan sekerja atau
mempunyai kesatuan sekerja yang lemah.
Ini kerana kesatuan sekerja memainkan peranan membela hak dan menjaga
kebajikan ahlinya daripada ditindas oleh majikan.
|