Tuesday, October 22, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 4 (S9)

Tajuk: Perusahaan Kecil Dan Sederhana

9
Terangkan empat persamaan di antara syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam berhad
  
[6]

Jawapan Cadangan


(a)
Penubuhan
Syarikat ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965, dan didaftarkan dengan pendaftar syarikat.




(b)
Tanggungan / liabiliti
Pemilik atau pemegang saham menanggung liabiliti terhad, iaitu setakat jumlah modal yang dilaburkan di dalam perniagaan sahaja




(c)
Pembahagian keuntungan
Keuntungan kepada pemilik atau pemegang saham dibayar dalam bentuk dividen




(d)
Beban cukai
Syarikat perlu membayar cukai pendapatan syarikat. Pemilik atau pemegang saham juga dikenakan cukai pendapatan perseorangan.




(e)
Kawalan terhadap syarikat
Pemegang saham yang mempunyai pegangan saham melebihi 51% daripada jumlah saham syarikat berhak mengawal syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad.