Tuesday, July 10, 2012

Mikroekonomi: Peralihan Keluk Permintaan

Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan terhadap permintaan barang keperluan sekiranya
a)
pihak kerajaan mengagihkan semula pendapatan negara daripada golongan kaya kepada golongan miskin

[6]
Pengagihan semula pendapatan daripada golongan kaya kepada golongan miskin oleh kerajaan akan meningkatkan pendapatan dan kuasa beli golongan miskin.
Permintaan akan meningkat dan keluk permintaan akan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1
Pada tingkat harga yang sama iaitu pada P0 , permintaan terhadap barang keperluan akan meningkat dari Q0 ke Q1     

b)
ekonomi diramalkan akan menghadapi inflasi
[4]
Ramalan kepada berlakunya inflasi akan menyebabkan permintaan terhadap barang keperluan pada masa kini meningkat.
Keluk permintaan akan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1.
Pada tingkat harga yang sama iaitu pada P0 , permintaan terhadap barang keperluan akan meningkat dari Q0 ke Q1