Friday, September 20, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 1 (S6)

Tajuk: Pengangguran, Guna Tenaga Dan Upah

6
(a)
Nyatakan tiga punca pengangguran geseran,
[3]

(b)
Cadangkan tiga cara untuk mengatasi pengangguran tersebut

[3]
Jawapan Cadangan

(a)
Nyatakan tiga punca pengangguran geseran,


i
Kekurangan maklumat tentang pekerjaan yang sesuai dengan pekerja walau pun pekerjaan itu ada di dalam ekonomi.


ii
Mobiliti pekerja kurang sempurna untuk ke tempat kerja seperti  halangan jarak yang jauh untuk sampai ke tempat kerja atau  ketiadaan pengangkutan


iii
Majikan mengambil masa yang lama untuk memilih pekerja yang memohon sesuatu pekerjaan.





(b)
Cadangkan tiga cara untuk mengatasi pengangguran tersebut


i
Penyebaran  maklumat dengan seluas-luasnya mengenai kekosongan jawatan yang ada contohnya melalui media massa.


ii
Meningkatkan mobiliti buruh melalui penyediaan kemudahan infrastruktur pengangkutan dan mengikis sikap negatif buruh


iii
Majikan mempercepatkan proses pengambilan pekerja-pekerja yang memohon sesuatu pekerjaan