b) | Jelaskan mengapa sebuah firma tidak dapat meningkatkan pengeluaran dengan banyak dalam jangka masa pendek berbanding dalam jangka masa panjang | [6] |
Keadaan ini berlaku kerana dalam jangka pendek, terdapat dua jenis input iaitu input tetap seperti tanah dan input berubah seperti buruh. Jumlah keluaran dapat ditambah dengan menambahkan penggunaan faktor berubah. Walau bagaimana pun, firma akan menghadapi kesukaran untuk mengubah saiz loginya kerana keupayaan input berubah juga terhad tanpa perubahan dalam input tetap. Dalam jangka panjang, semua input merupakan input berubah. Firma mempunyai keupayaan untuk mengubah saiz loginya dengan mudah dan boleh menambahkan pengeluarannya dengan banyak pada skala pengeluaran yang lebih besar mengikut kehendak pasaran |