Thursday, October 10, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 2 (S14)

Tajuk: Inflasi Dan Kos Sara Hidup

14
Apakah belanjawan kerajaan persekutuan ? Terangkan butirannya yang utama
 [6]

Jawapan Cadangan

Belanjawan kerajaan persekutuan ialah satu keadaan kewangan yang menunjukkan corak perbelanjaan kerajaan yang terdiri daripada perbelanjaan mengurus dan pembangunan, dan juga corak hasil yang dikutip melalui cukai dan bukan cukai


(a)
Hasil kerajaan :-
i.  Cukai langsung, iaitu cukai yang bebannya tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain.
ii. Cukai tak langsung, iaitu cukai yang bebannya boleh dipindahkan kepada pihak lain.
iii. Hasil bukan cukai, iaitu hasil dan perolehan kerajaan dari sumber-sumber lain selain daripada cukai.




(b)
Perbelanjaan kerajaan:-
i.   Perbelanjaan mengurus, iaitu perbelanjaan ke atas urusan pentadbiran negara termasuk bayaran khidmat hutang.
ii. Perbelanjaan pembangunan pula merangkumi perbelanjaan untuk membiayai infrastruktur dan kemudahan awam, perkhidmatan sosial dan projek pembangunan kerajaan yang lain.