Saturday, October 6, 2012

Perbandingan Monopoli Dengan PPS

(a)
Terangkan perbezaan antara firma monopoli dengan firma persaingan sempurna dari segi

i
keanjalan permintaan
[2]


Keanjalan permintaan firma monopoli adalah tidak anjal, 0 < Ed < 1. Sebaliknya keanjalan permintaan firma PPS adalah anjal sempurna, Ed = α






ii
hasil sut
[2]


keluk hasil sut firma monopoli mencerun ke bawah dari kiri ke kanan manakala keluk hasil sut firma pasaran persaingan sempurna bersifat  anjal sempurna


(b)
Dengan menggunakan gambarajah, terangkan kesan perubahan yang berlaku apabila pasaran persaingan sempurna bertukar menjadi pasaran monopoli terhadap

i
untung firma


ii
titik optimum pengeluaran
[6]



i
Untung firma



Firma pasaran persaingan sempurna mencapai keseimbangan dengan mendapat untung normal @ untung sifar.
Sekiranya firma berubah menjadi monopoli, tingkat keuntungan firma akan bertambah kerana firma mencapai keseimbangan dengan mendapat untung lebih normal sebanyak P3P2AB






ii
Titik optimum pengeluaran



Firma pasaran persaingan sempurna mencapai titik optimum pengeluaran kerana mengeluarkan keluaran kleseimbangan Q1 pada ketika keluk kos purata minimum.
Sekiranya firma berubah menjadi monopoli, titik optimum pengeluaran tidak akan dicapai kerana firma mengeluarkan keluaran keseimbangan  Q2 pada ketika keluk kos purata sedang menurun.