Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan penawaran | [10] |
a) | Tambahan kos pengeluaran |
Sekiranya pertambahan penawaran sesuatu barang memerlukan tambahan kos pengeluaran yang besar, maka penawaran barang tersebut adalah tidak anjal. Sebaliknya, jika pertambahan penawaran sesuatu barang memerlukan tambahan kos yang kecil, maka penawaran barang tersebut adalah anjal. | |
b) | Corak penggunaan faktor pengeluaran |
Jika pengeluaran sesuatu barang memerlukan penggunaan faktor pengeluaran yang khusus, maka penawarannya adalah tidak anjal kerana faktor pengeluaran itu tidak mudah ditambah. Sebaliknya, jika pengeluaran barang itu hanya memerlukan penggunaan faktor pengeluaran biasa, maka penawarannya adalah anjal kerana faktor pengeluaran itu mudah ditambah. | |
c) | Jangka masa |
Dalam jangka masa singkat, pengeluaran tidak boleh ditambah manakala dalam jangka pendek pertambahan pengeluaran adalah terhad. Oleh itu, penawaran dalam jangka masa singkat dan pendek adalah tidak anjal Dalam jangka panjang, penawaran adalah anjal kerana semua faktor pengeluaran boleh diubah dengan mudah. | |
d) | Bilangan input pengganti |
Penawaran sesuatu barang adalah anjal sekiranya ia mempunyai banyak input pengganti kerana tambahan pengeluaran dapat dilakukan dengan mudah. Sebaliknya, penawaran sesuatu barang adalah tidak anjal sekiranya input penggantinya tidak banyak kerana penawarannya tidak dapat ditambah dengan mudah. | |
e) | Bekalan input |
Jika bekalan input pengeluaran boleh diperolehi dengan banyak dan mudah, penawaran sesuatu barang menjadi anjal kerana penawarannya mudah ditambah dengan banyak. Sebaliknya, jika bekalan input pengeluaran sukar diperolehi, penawaran sesuatu barang menjadi tidak anjal kerana penawarannya sukar ditambah dengan banyak |