Friday, November 1, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 5 (S5)

Tajuk: Institusi Kewangan

5
Jelaskan fungsi utama agensi pemberi kredit yang berikut:

(a)
Syarikat insurans
[2]

(b)
Pajak gadai Ar-Rahnu
[2]

(c)
Amanah Ikhtiar Malaysia
[2]

Jawapan Cadangan


(a)
Syarikat insurans mengumpulkan dana dengan menerima caruman/premium daripada pembeli polisi insurans

Syarikat insurans menjanjikan jaminan perlindungan kewangan terhadap risiko seperti kematian dan kehilangan keupayaan bekerja melalui insurans nyawa, dan perlindungan melibatkan kemalangan serta kebakaran melalui insurans am





(b)
Ar-Rahnu ialah sistem pajak gadai Islam yang menerima gadaian barang berharga dalam bentuk barang kemas, jongkong emas dan syiling emas daripada pelanggan yang bertujuan mendapatkan sejumlah pembiayaan.

Ar-Rahnu menyediakan kemudahan kredit mikro jangka pendek untuk mereka yang memerlukan wang segera bagi pelbagai tujuan.




(c)
AIM menyediakan pembiayaan ikhtiar kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan bagi membantu mereka keluar daripada garis kemiskinan                                                                                                                               
AIM menyediakan pinjaman kepada golongan termiskin dengan membantu mereka menjalankan kegiatan ekonomi yang dapat meningkatkan pendapatan.