(a)
|
Apakah
yang dimaksudkan dengan pertumbuhan ekonomi , tingkat kebajikan masyarakat
dan pertambahan kebajikan masyarakat
|
[6]
|
||||||||||||||||
Pertumbuhan ekonomi ialah
perkembangan kegiatan ekonomi sesebuah negara dari masa
ke semasa, yang menyebabkan pertambahan dalam nilai keluaran negara benar /
pengeluaran barang dan perkhidmatan berbanding dengan masa sebelumnya
Tingkat
kebajikan masyarakat merujuk kepada taraf kemakmuran / pembaikan taraf hidup
di sesebuah negara yang diukur dengan menggunakan pendapatan perkapita benar.
Pertambahan
kebajikan masyarakat ialah kenaikan taraf hidup masyarakat dari masa ke
semasa
|
(b)
|
Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi
peningkatan taraf hidup rakyat. Bagaimanakah pertumbuhan ekonomi
akan membawa kepada peningkatan taraf hidup rakyat?
|
[2]
|
i.
ii.
|
Pertambahan KDNK/KNK
Pertambahan penduduk
|
Taraf hidup akan meningkat jika kadar pertambahan KDNK/KNK melebihi kadar pertambahan penduduk
|
(c)
|
Nyatakan perbezaan di antara pertumbuhan ekonomi dan
pertambahan kebajikan masyarakat
|
[2]
|
Pertumbuhan ekonomi tidak dapat mengukur pertambahan
kebajikan masyarakat kerana ia tidak
mengambil kira pertambahan penduduk
Tingkat kebajikan masyarakat akan meningkat jika kadar
pertumbuhan ekonomi adalah melebihi kadar pertambahan penduduk
|