Dengan bantuan gambarajah, tunjukkan kesan ke atas harga dan kuantiti keseimbangan pasaran batik tempatan jika | ||
a) | kerajaan menggalakkan kakitangan awam berpakaian batik semasa bekerja | [5] |
Dasar kerajaan menggalakkan pemakaian batik menyebabkan permintaan terhadap batik meningkat Keluk permintaan batik beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1 Keseimbangan baru dicapai di titik E1 bila keluk D1D1= keluk SS dengan harga keseimbangan batik meningkat dari P0 ke P1 dan kuantiti keseimbangan batik meningkat dari Q0 ke Q1 |
b) | harga kain putih untuk pengeluaran batik meningkat | [5] |
Keseimbangan asal dicapai di titik E0 bila keluk DD= keluk S0S0 pada harga P0 dan kuantiti Q0 Peningkatan harga kain putih akan meningkatkan kos pengeluaran batik. Penawaran batik akan berkurang. Keluk penawaran batik beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1 Keseimbangan baru dicapai di titik E1 bila keluk DD= keluk S1S1 dengan harga keseimbangan batik meningkat dari P0 ke P1 dan kuantiti keseimbangan batik berkurang dari Q0 ke Q1 |