Sunday, September 2, 2012

Mikroekonomi: Kuantitatif (S5)


Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi kos pengeluaran bagi sebuah firma.
                          Q  = f(K,L) dan  C  = f(Q)
Dengan              K = modal (RM)
                           L = buruh (orang)
                           C = kos pengeluaran (RM)
Fungsi kos bagi mengeluarkan 250 unit output ialah C = 125 + 16Q
Berdasarkan maklumat di atas,

a)
Hitung kos tetap pengeluaran barang tersebut
[2]

Kos tetap wujud pada keluaran bernilai sifar
C = 125 + 16Q
C = 125 + 16(0)
C = RM 125


b)
Hitung kos purata bagi pengeluaran 25 unit                             
[2]

TC = 125 + 16(25)
      = RM 525
AC = TC ÷ Q
      = 525 ÷ 25
      = RM 21


c)
Sediakan sebuah jadual untuk menunjukkan jumlah kos, kos purata dan kos sut bagi output 1 hingga 5 unit.

[3]

Kuantiti (unit)
Jumlah kos (RM)
Kos purata (RM)
Kos sut (RM)
1
141
141
16
2
157
78.5
16
3
173
57.67
16
4
189
47.25
16
5
205
41
16
Nota: Mesti ada formula dan satu contoh pengiraan bagi setiap kos

d)
Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk kos sut dan kos purata

[3]