Tuesday, January 15, 2013

Pengenalan: Masalah Makroekonomi


Terangkan secara ringkas dua masalah-masalah utama makroekonomi
[6]
(a)
Pengangguran
        
Pengangguran ialah masalah ekonomi yang menunjukkan sebilangan buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan. Ia berlaku kerana wujudnya masalah kekurangan perbelanjaan agregat, kemelesetan ekonomi, kemunduran  industri, penggantian buruh dengan mesin serta sebab-sebab lain.

Pengangguran menyebabkan pembaziran penggunaan sumber dan kehilangan kemahiran tenaga buruh, mengurangkan tingkat pendapatan negara serta taraf hidup / kebajikan penduduk sesebuah negara

(b)
Inflasi
        
Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dan tidak terbatas. Ia berpunca daripada lebihan perbelanjaan agregat pada tingkat gunatenaga penuh, kenaikan kos pengeluaran dan kenaikan harga barang import.          

Inflasi menyebabkan pendapatan benar, kuasa beli rakyat taraf hidup / kebajikan penduduk, imbangan pembayaran dan nilai mata wang negara menjadi merosot


(c)
Imbangan pembayaran

Sesebuah negara dikatakan menghadapi masalah imbangan pembayaran jika berlakunya  aliran wang keluar yang melebihi aliran wang masuk. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh import yang melebihi eksport, penanaman modal ke luar negeri yang melebihi kemasukan modal asing atau kedua-duanya serentak

Masalah imbangan pembayaran menyebabkan rizab mata wang negara dan tingkat kegiatan ekonomi merosot manakala pengangguran meningkat


(d)
Pertumbuhan ekonomi

Dari  tahun  ke  tahun,  jumlah  dan  kualiti faktor-faktor pengeluaran akan bertambah, menyebabkan pendapatan negara potensi juga bertambah.  Disebabkan  pendapatan negara sebenar tidak meningkat secepat pendapatan negara potensi, wujud masalah pengangguran yang berterusan di dalam ekonomi.

Masalah pertumbuhan ekonomi menyebabkan tingkat kegiatan ekonomi, guna tenaga dan taraf hidup / tingkat kebajikan masyarakat merosot.