Tajuk:
Pengangguran, Guna Tenaga Dan Upah
|
||
4
|
Huraikan
tiga kesan dari segi ekonomi
apabila berlaku pengangguran di sesebuah negara
|
[6]
|
Jawapan
Cadangan
|
||
(a)
|
Berlaku
pembaziran sumber manusia
Pengangguran
menyebabkan pembaziran sumber manusia kerana
kemahiran tenaga buruh yang sedia ada tidak dapat digunakan. Oleh itu,
berlaku kerugian dari segi kos untuk melatih tenaga buruh, dan latihan semula
untuk mereka akan menyebabkan kos latihan meningkat
|
|
(b)
|
Pertumbuhan ekonomi negara terjejas
Pengangguran menyebabkan keluaran negara dan tingkat tabungan dalam
negara berkurang. Oleh itu, dana yang tersedia untuk pelaburan menjadi
semakin berkurang dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi
|
|
(c)
|
Taraf hidup merosot
Pengangguran akan mengurangkan tingkat pendapatan perkapita masyarakat. Kuasa
beli masyarakat akan merosot, menyebabkan perbelanjaan penggunaan juga
merosot. Oleh itu, taraf hidup masyarakat juga merosot.
|
|
(d)
|
Meningkatkan kadar kemiskinan
Pengangguran akan melebarkan jurang agihan pendapatan di antara golongan
miskin dan kaya kerana ramai tenaga
buruh tidak mahir yang terpaksa menganggur akan kehilangan sumber pendapatan.
Oleh itu, kadar kemiskinan akan meningkat.
|
|
(e)
|
Beban kewangan kerajaan meningkat
Perbelanjaan kerajaan akan meningkat kerana terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan tambahan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat,
misalnya dengan memberikan elaun pengangguran, menampung kos utiliti seperti
bil air dan elektrik dan sebagainya.
|
|
(f)
|
Ketidakcekapan pengeluaran
Pengangguran yang tinggi akan mengurangkan perbelanjaan masyarakat. Ini akan
merendahkan keupayaan pengeluaran semasa firma–firma kerana kapasiti
pengeluaran tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya
|