Wednesday, July 25, 2012

Mikroekonomi: Keanjalan Permintaan Harga

a)
Apakah maksud keanjalan permintaan harga?
Dengan memberikan contoh data dan rajah, terangkan bagaimana ia dihitung?


[6]

Keanjalan permintaan harga mengukur peratus perubahan kuantiti sesuatu barang yang diminta akibat daripada perubahan harga barang itu sendiri

Harga (RM)
Kuantiti diminta (unit)
1
10
2
8
 


b)
Terangkan dua jenis–jenis keanjalan permintaan harga
[4]

i.
Anjal


Keluk permintaaan dikatakan anjal jika nilai keanjalan permintaan harganya adalah melebihi satu tetapi kurang dari infiniti
Ia berlaku apabila peratus perubahan kuantiti adalah lebih besar dari peratus perubahan harga, dan keluk permintaan adalah landai




ii.
Tidak anjal


Keluk permintaaan dikatakan tidak anjal jika nilai keanjalan permintaan harganya adalah melebihi sifar tetapi kurang dari satu
Ia berlaku apabila peratus perubahan kuantiti adalah lebih kecil dari peratus perubahan harga, dan keluk permintaan adalah curam




iii.
Anjal uniti


Keluk permintaaan dikatakan anjal uniti jika nilai keanjalan permintaan harganya adalah bersamaan satu
Ia berlaku apabila peratus perubahan kuantiti adalah sama dengan peratus perubahan harga, dan keluk permintaan adalah hiperbola




iv.
Tidak anjal sempurna


Keluk permintaaan dikatakan tidak sempurna anjal jika nilai keanjalan permintaan harganya bernilai sifar
Ia berlaku apabila perubahan harga sesuatu barang tidak akan menyebabkan berlakunya perubahan dalam kuantiti yang diminta.
Keluk permintaan adalah bergaris lurus selari dengan paksi mendatar.




v.
Anjal sempurna


Keluk permintaaan dikatakan anjal sempurna jika nilai keanjalan permintaan harganya bernilai infiniti
Ia berlaku apabila penurunan harga yang kecil menyebabkan perubahan kuantiti diminta dengan tidak terhingga  dan kenaikan harga yang kecil menyebabkan kuantiti diminta menjadi sifar
Keluk permintaannya adalah bergaris lurus selari dengan paksi mendatar





Nota: Pilih dua isi sahaja, sebaik-baiknya ikut urutan jawapan