(a) Apakah dasar kewangan kuantitatif dan
dasar kewangan kualitatif
(b) Secara
ringkas terangkan bentuk-bentuk dasar kewangan kuantitatif yang boleh
digunakan oleh bank pusat untuk mengatasi masalah inflasi
|
[2]
|
Jawapan Cadangan
(a) Apakah dasar kewangan kuantitatif dan
dasar kewangan kualitatif ?
|
[2]
|
Dasar kewangan kuantitatif ialah
langkah-langkah bank pusat mengawal penawaran wang dengan mengubah bekalan
wang atau kadar bunga untuk mengatasi masalah inflasi atau pengangguran
Dasar kewangan kualitatif ialah
langkah-langkah bank pusat mengawal pinjaman dan pelaburan yang diberikan
oleh institusi kewangan untuk mengatasi masalah inflasi atau pengangguran
|
|
(b) Secara
ringkas terangkan bentuk-bentuk dasar kewangan kuantitatif yang boleh
digunakan oleh bank pusat untuk mengatasi masalah inflasi
|
[8]
|
i. Menaikkan
nisbah rizab tunai
Peningkatan nisbah rizab tunai akan meningkatkan
jumlah rizab minimum yang perlu disimpan oleh bank perdagangan.
Keupayaan
bank perdagangan mencipta kredit merosot. Penawaran wang
akan berkurang menyebabkan kadar bunga meningkat.
Peningkatan kadar bunga akan
mengurangkan pelaburan, perbelanjaan agregat dan permintaan agregat. Oleh itu,
pendapatan negara akan berkurang menyebabkan tingkat harga turun dan inflasi
dapat diatasi.
ii. Menaikkan nisbah rizab berkanun
Peningkatan nisbah rizab berkanun akan meningkatkan
jumlah rizab yang wajib disimpan oleh
bank perdagangan di bank pusat.
Keupayaan
bank perdagangan mencipta kredit merosot. Penawaran wang
akan berkurang menyebabkan kadar bunga meningkat.
Peningkatan kadar bunga akan
mengurangkan pelaburan, perbelanjaan agregat dan permintaan agregat. Oleh
itu, pendapatan negara akan berkurang menyebabkan tingkat harga turun, dan
inflasi dapat diatasi.
iii. Menaikkan
kadar bank / kadar diskaun
Peningkatan kadar bank / kadar
diskaun akan meningkatkan kos meminjam bank perdagangan daripada bank pusat.
Bank
perdagangan menaikkan kadar bunga ke atas pinjaman-pinjaman yang diberikan.
Oleh itu, jumlah pinjaman berkurang, menyebabkan penawaran wang berkurang.
Pengurangan penawaran wang akan meningkatkan
kadar bunga, mengurangkan pelaburan, mengurangkan perbelanjaan agregat dan mengurangkan
permintaan agregat. Oleh itu, pendapatan negara akan berkurang menyebabkan
tingkat harga turun, dan inflasi dapat diatasi.
iv. Operasi
pasaran terbuka
Bank pusat menjual surat-surat jaminan
kerajaan kepada masyarakat dan bank-bank perdagangan.Tindakan ini akan mengurangkan keupayaan bank perdagangan memberikan
pinjaman . Penawaran wang akan berkurang menyebabkan kadar bunga
meningkat.
Peningkatan kadar bunga akan
mengurangkan pelaburan, perbelanjaan agregat dan permintaan agregat. Oleh
itu, pendapatan negara akan berkurang menyebabkan tingkat harga turun, dan
inflasi dapat diatasi.
v. Funding
Bank pusat akan menukarkan bil-bil
perbendaharaan jangka pendek kepada surat–surat jaminan jangka panjang untuk mengurangkan bekalan wang dalam edaran
serta aset-aset cair bank perdagangan.
Deposit (simpanan) bank perdagangan akan menguncup dan seterusnya mengurangkan keupayaan mereka untuk mencipta kredit. Penawaran wang akan berkurang menyebabkan kadar bunga meningkat
Peningkatan kadar bunga akan
mengurangkan pelaburan, perbelanjaan agregat dan permintaan agregat. Oleh
itu, pendapatan negara akan berkurang menyebabkan tingkat harga turun, dan
inflasi dapat diatasi.
|