Monday, September 23, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 1 (S8)

Tajuk: Pengangguran, Guna Tenaga Dan Upah

8
(a)
Apakah upah wang dan upah benar ?
[2]

(b)
Dengan contoh berangka, tunjukkan hubungan di antara upah benar dengan tingkat harga umum


[4]
Jawapan Cadangan


(a)
Upah wang ialah jumlah pembayaran dalam nilai wang kepada buruh atas sumbangan mereka di dalam proses pengeluaran

Upah benar ialah kuasa beli atau keupayaan upah wang untuk memperoleh sejumlah barang dan perkhidmatan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan para pekerja




(b)
Upah benar t
=
100
x
Upah wang t
IHt
Tahun 2011
=
100
x
2000
105

=
RM1 904.76







Upah benar mempunyai hubungan negatif dengan tingkat harga umum.
Semakin tinggi tingkat harga umum, semakin rendah nilai upah benar. Sebaliknya, semakin rendah tingkat harga umum, semakin tinggi nilai upah benar