(a) Apakah yang dimaksudkan dengan wang ?
(b) Terangkan tiga fungsi wang, dan huraikan
bagaimana inflasi menjejaskan fungsi wang
tersebut
|
[1]
[9]
|
Jawapan Contoh
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan wang ?
|
[1]
|
Wang ialah benda yang diterima umum
sebagai alat perantaraan pertukaran
|
|
(b) Terangkan tiga fungsi wang, dan huraikan
bagaimana inflasi menjejaskan fungsi wang
tersebut
|
[9]
|
i. Alat
perantara pertukaran
Wang
berfungsi sebagai alat yang digunakan untuk membeli barang dan perkhidmatan.
Inflasi
akan menyebabkan nilai wang menurun. Oleh itu, kuasa beli pengguna juga
menurun dan kuantiti barang yang dapat dibeli akan berkurang.
Kesannya,
masyarakat akan lebih suka menukarkan barang dengan barang untuk menjaga
nilai kekayaan yang dimilikinya
|
|
ii. Alat
penyimpanan nilai
Wang
berfungsi sebagai alat penyimpan kekayaan.
Inflasi
akan menyebabkan nilai kekayaan dalam bentuk wang akan merosot tetapi nilai
aset tetap / lain akan meningkat.
Ini
akan mendorong orang ramai menyimpan harta dalam bentuk aset seperti
bangunan, rumah dan tanah.
|
|
iii. Alat
bayaran tertunda
Wang berfungsi sebagai alat yang menggalakkan
perkembangan urusniaga secara kredit.
Inflasi akan menyebabkan nilai benar
wang ketika pembayaran dibuat adalah lebih rendah daripada nilai benarnya
ketika penjualan dibuat.
Ini akan menguntungkan penghutang dan
merugikan pemiutang.
|
|
iv. Alat
pengukur nilai
Wang berfungsi sebagai alat yang akan
menentukan nilai sesuatu barang dalam setiap urus niaga.
Inflasi akan menyebabkan fungsinya
terjejas kerana harga setiap barang selalu mengalami perubahan.
Oleh itu, timbul kesukaran untuk menentukan nilai sesuatu barang dan membuat
perbandingan antara barang
|