Monday, July 16, 2012

Mikroekonomi: Faktor Menghalang Peningkatan Penawaran

a)
Huraikan dua faktor yang boleh menghalang peningkatan penawaran sesuatu barang

[4]


i
Kenaikan harga input pengeluaran


Kenaikan harga input pengeluaran seperti peningkatan sewa (tanah), peningkatan upah (buruh), peningkatan kadar bunga (modal) dan pengurangan untung (usahawan) akan meningkatkan kos pengeluaran menyebabkan penawaran sesuatu barang berkurang.


ii.
Dasar kerajaan


Dasar kerajaan seperti peningkatan cukai ke atas sesuatu barang akan meningkatkan harga barang tersebut dan mengurangkan permintaan terhadapnya.
Oleh itu, pengeluar akan mengurangkan penawaran barang tersebut di pasaran. Selain itu, pelaksanaan kuota ke atas barang import juga boleh menghadkan penawaran barang tersebut di pasaran. 




iii.
Harga barang lain


Kenaikan harga barang penawaran bersaing seperti sos cili Maggi akan meningkatkan penawarannya dan pada masa yang sama akan mengurangkan penawaran sos cili Adabi yang merupakan pesaingnya.
Penurunan harga barang penawaran bersama seperti daging lembu akan mengurangkan penawaran daging lembu. Kesannya, penawaran kulit lembu yang ditawarkan bersama dengan daging lembu juga berkurang
                                                                               Nota: Terima faktor-faktor lain

b)
Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan dengan ringkas kesan yang berlaku terhadap penawaran kereta nasional sekiranya kos input pengeluaran kereta nasional turun.


[6]
S0 S0  ialah keluk penawaran asal. Pada harga P0 , kuantiti yang ditawar ialah Q0.
Apabila kos input pengeluaran kereta nasional turun, kos pengeluaran kereta nasional berkurang. Penawaran kereta nasional akan bertambah.
Keluk penawaran akan beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1.
Pada harga yang sama, kuantiti penawaran kereta nasional akan meningkat dari Q0 ke Q1