Jawapan Cadangan
(a) Dengan menggunakan rajah
suntikan–bocoran, terangkan proses penentuan keseimbangan pendapatan negara
ekonomi empat sektor
|
[6]
|
|
Keseimbangan
pendapatan negara di capai apabila keluk S
+ T + M bersilang dengan I + G + X di titik E0 pada pendapatan negara Y0.
Pada
tingkat pendapatan negara yang kurang dari Y0 eg: Y1, nilai suntikan ialah Y1A manakala nilai bocoran ialah Y1B. Oleh itu berlaku
keadaan suntikan melebihi bocoran. Inventori menjadi negatif, firma
menambahkan pengeluaran dan pendapatannegara akan meningkat. Proses ini akan
berterusan sehingga ekonomi mencapai keseimbangan pada pendapatan negara Y0
Pada
tingkat pendapatan negara yang
melebihi Y0 eg: Y2, nilai
suntikan ialah Y1N manakala nilai bocoran ialah Y1M. Oleh itu, berlaku keadaan
bocoran melebihi suntikan sebesar MN . Inventori menjadi positif, firma
mengurangkan pengeluaran dan pendapatan negara akan berkurang. Proses ini
akan berterusan sehingga ekonomi mencapai keseimbangan pada pendapatan negara Y0
|
||
(b) Berdasarkan pendekatan suntikan-bocoran, terangkan kesan
peningkatan kecenderungan mengimport sut ke atas tingkat keseimbangan
pendapatan negara ekonomi empat sektor
|
[4]
|
|
Keseimbangan asal dicapai
apabila keluk S+T+M0
bersilang dengan keluk I+G+X
di titik E0 pada pendapatan negara Y0.
Peningkatan kecenderungan mengimport
sut akan meningkatkan import. Keluk S+T+M0 beralih ke S+T+M1.
Pada
Y0, bocoran melebihi
suntikan sebesar E0A .
Inventori akan bertambah, firma mengurangkan pengeluaran dan pendapatan
negara akan berkurang. Proses ini akan berterusan sehingga
keseimbangan baru dicapai di titik E1, dengan pendapatan negara berkurang dari Y0 ke Y1
|