Monday, February 4, 2013

KDNK, KNB Dan Pendapatan Perkapita

(a)
(i)
Apakah maksud keluaran dalam negeri kasar (KDNK) dan keluaran negara bersih

[2]
         KDNK ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam sesebuah negara dengan mengunakan faktor-faktor pengeluaran milik warga negara dan milik warga negara asing dalam setahun.

         KNB ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam setahun dengan menggunakan faktor milik warga negara setelah ditolak susut nilai



(ii)
Huraikan hubungan antara KDNK dengan KNB
[4]
         KNB = KDNK + PFbLN – susut nilai, dimana
         Pendapatan faktor bersih luar negeri ialah perbezaan di antara penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negeri dengan pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negeri.
        
         Susut nilai ialah nilai barang modal yang mengalami kehausan nilai apabila digunakan pada tahun berkenaan

         Jika PFbLN bernilai negatif @ bernilai positif tetapi lebih kecil daripada susut nilai, KNB menjadi lebih kecil daripada KDNK
         Jika PFbLN bernilai positif tetapi lebih besar daripada susut nilai, KNB menjadi lebih besar daripada KDNK

(b)
Apakah maksud dengan pendapatan perkapita? Bagaimana ia dihitung?
[4]
         Pendapatan perkapita merujuk kepada pendapatan purata penduduk suatu negara dalam satu-satu tahun tertentu

Pendapatan perkapita
=
KNK (atau KDNK
Jumlah penduduk

Jika KNK  = RM 500 000 juta dan jumlah penduduk = 10 juta orang,
maka, 
Pendapatan perkapita
=
500 000
10

=
RM50 000