Jawapan Cadangan
Dengan menggunakan pendekatan suntikan–bocoran,
terangkan bagaimana perkara–perkara yang berikut dapat mempengaruhi tingkat
kegiatan ekonomi sesebuah negara.
|
|
(a) Peningkatan
kadar bunga
|
[5]
|
Keseimbangan asal dicapai apabila
keluk I0+G bersilang
dengan S+T di titik E0 pada pendapatan negara Y0.
Kadar bunga adalah kos meminjam
kepada pelaburan. Peningkatan kadar bunga akan mengurangkan pelaburan. Keluk I0+G
beralih ke I1+G
Pada
tingkat pendapatan negara Y0,
bocoran melebihi suntikan sebesar E0A.
Inventori akan bertambah, firma mengurangkan pengeluaran dan pendapatan
negara akan berkurang.
Proses
ini akan berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai di titik E1, dengan pendapatan negara berkurang dari Y0 ke Y1
|
|
(b) Pengurangan
cukai keuntungan syarikat
|
[5]
|
Keseimbangan asal dicapai apabila
keluk I0+G bersilang
dengan S+T di titik E0 pada pendapatan negara Y0.
Pengurangan cukai keuntungan syarikat
akan meningkatkan keuntungan selepas cukai firma. Firma akan menambahkan
pelaburan dan keluk I0+G beralih ke I1+G
Pada
tingkat pendapatan negara Y0,
suntikan melebihi bocoran sebesar E0A
. Inventori akan berkurang, firma meningkatkan pengeluaran dan pendapatan
negara akan meningkat.
Proses
ini akan berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai di titik E1, dengan pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1
|