Monday, October 7, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 2 (S9)

Tajuk: Inflasi Dan Kos Sara Hidup

9
Terangkan tiga kesan yang ditimbulkan oleh inflasi terhadap ekonomi
[6]

Jawapan Cadangan


(a)
Kos sara hidup meningkat
Inflasi akan meningkatkan harga barang dan perkhidmatan. Oleh itu, kos untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan akan meningkat. Ini bermakna, jumlah perbelanjaan masyarakat akan meningkat, menyebabkan kos sara hidup juga meningkat.




(b)
Taraf hidup merosot
Taraf hidup diukur berdasarkan kepada keupayaan pendapatan benar mendapatkan barang dan perkhidmatan. Inflasi akan mengurangkan pendapatan benar dan kuasa beli masyarakat. Oleh itu, jumlah barang dan perkhidmatan yang boleh diperolehi menjadi semakin berkurang, menyebabkan taraf hidup masyarakat merosot.




(c)
Nilai wang merosot
Inflasi mempunyai hubungan yang negatif dengan nilai wang. Kenaikan tingkat harga umum menyebabkan nilai wang merosot. Oleh itu, keupayaan seunit mata wang untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan juga merosot kerana semakin sedikit barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli dengan sejumlah wang yang sama. 




(d)
Pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan
Inflasi menyebabkan kegiatan pelaburan produktif untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan berkurang. Sebaliknya, kegiatan pelaburan yang tidak produktif seperti pembelian harta tetap seperti tanah dan emas akan berkembang.
Banyak sumber akan beralih kepada pelaburan yang tidak produktif, menyebabkan aktiviti pengeluaran merosot dan pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan.