Tuesday, November 5, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 6 (S3)

Tajuk: Kemiskinan Dan Agihan Pendapatan

3
(a)
Apakah maksud kadar kemiskinan dan pendapatan garis kemiskinan?
[2]

(b)
Huraikan dua sumber pendapatan.
[4]

Jawapan Cadangan


(a)
Kadar kemiskinan ialah peratusan isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada PGK berbanding dengan jumlah isi rumah dalam suatu tempoh tertentu

PGK ialah pendapatan isi rumah yang dapat memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan, bagi membolehkan setiap ahli dalam isi rumah berfungsi di dalam masyarakat.




(b)
i
Upah
Upah ialah ganjaran kepada individu yang memberikan sumbangan tenaga fizikal dan mental di dalam proses pengeluaran.

Upah melibatkan gaji, elaun, bonus dan komisen.






ii
Sewa
Sewa ialah pendapatan yang diterima oleh faktor pengeluaran seperti tanah yang mempunyai penawaran yang terhad.

Sewa juga merupakan pendapatan yang diterima oleh pemilik harta kerana membenarkan hartanya digunakan oleh pihak lain. (sewa bangunan, sewa kereta dsb)






iii
Dividen
Dividen ialah sebahagian daripada keuntungan syarikat yang dibayar kepada pemegang saham bagi suatu tempoh tertentu.

Dividen juga adalah pendapatan yang diterima daripada tabungan yang dibuat di Institusi kewangan islam dan KWSP.






iv.
Bunga
Bunga ialah pendapatan yang diterima daripada tabungan di institusi kewangan konvensional.

Ia merupakan ganjaran kepada pemilik wang kerana sanggup menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang.






v.
Untung
Untung ialah ganjaran yang diterima oleh usahawan atas usahanya menggabungkan faktor-faktor pengeluaran di dalam proses pengeluaran serta kesanggupan menanggung risiko.

Untung juga merupakan pendapatan yang diterima oleh individu yang bekerja sendiri seperti peniaga pasar malam, pemilik restoren dan kedai runcit.






vi
Bayaran pindahan
Bayaran pindahan ialah pendapatan yang diterima individu dari kegiatan ekonomi yang tidak produktif. Ia diterima tanpa perlu memberikan sebarang sumbangan di dalam proses pengeluaran.

Contoh: Pencen, biasiswa dan bantuan kebajikan masyarakat.







Nota:
Jika kehendak soalan ialah pendapatan bukan upah: Pilih fakta (ii) hinggga (v)

Jika kehendak solaan ialah sumber pendapatan isi rumah: Abaikan fakta (v)