(a) Terangkan secara ringkas dua fungsi wang
|
[4]
|
(b) Apakah yang dimaksudkan dengan nilai wang? Dengan contoh berangka yang sesuai, jelaskan bagaimana nilai wang diukur
|
[6]
|
Jawapan Cadangan
(a) Terangkan secara ringkas dua fungsi wang
|
[4]
|
||||||||||||||||||||||||||||
i.
Wang sebagai alat perantaraan tukar menukar
Wang berfungsi sebagai alat untuk
membeli barang dan perkhidmatan. Fungsi ini telah melicinkan urusniaga kerana
ia dapat mengatasi masalah kehendak serentak dalam Sistem Barter. Melalui
penggunaan wang, masyarakat dapat menjalankan urusniaga dengan mudah.
|
|||||||||||||||||||||||||||||
ii. Wang
sebagai alat pengukur nilai
Wang dapat menentukan nilai sesuatu
barang. Fungsi ini membolehkan nilai barang diukur dalam ukuran yang seragam
melalui sistem harga. Oleh itu, ia dapat menyelesaikan ketiadaan unit ukuran
yang seragam di dalam Sistem Barter dan membolehkan masyarakat berurusniaga
mengikut harga yang telah ditetapkan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||
iii.
Wang
sebagai alat penyimpan nilai
Wang
berfungsi sebagai alat penyimpan kekayaan. Fungsi ini dapat menyelesaikan
masalah penyimpanan kekayaan bagi barang yang tidak tahan lama, mudah rosak
atau memerlukan ruang penyimpanan yang luas. Wang
membolehkan kekayaan disimpan di dalam bentuk tunai atau simpanan di
institusi kewangan
|
|||||||||||||||||||||||||||||
iv. Wang
sebagai alat pembayaran tertunda
Wang boleh digunakan untuk urusniaga
yang dijalankan secara ansuran atau hutang. Fungsi ini dapat menggalakkan
perkembangan urusniaga secara kredit. Oleh itu, masyarakat dapat membeli
barang pada masa kini dan membayarnya pada masa depan kerana wang sebagai
alat pembayaran adalah sesuai dengan keinginan si piutang pada masa akan
datang.
|
|||||||||||||||||||||||||||||
(b) Apakah yang dimaksudkan dengan nilai wang? Dengan contoh berangka yang sesuai, jelaskan bagaimana nilai wang diukur
|
[6]
|
||||||||||||||||||||||||||||
Nilai wang
merupakan keupayaan sesuatu matawang membeli barang dan perkhidmatan.
Nilai wang
mempunyai hubungan yang negatif dengan tingkat harga. Apabila tingkat harga
umum meningkat, nilai wang akan jatuh merosot.
Nilai wang boleh dikira berdasarkan formula berikut
Indeks harga tahun 2000 (IH0) = 100
Indeks harga tahun 2003 (IHt) = 125
|