Monday, February 4, 2013

Hubungan KDNK Dengan Pertumbuhan Ekonomi, Tingkat Kebajikan Dan Pembangunan Ekonomi

(a)
Mengapakah peningkatan keluaran dalam negara kasar pada harga semasa tidak semestinya menunjukkan peningkatan kebajikan masyarakat?


[2]
            Tingkat kebajikan masyakarat tidak semestinya turut meningkat kerana:
            peningkatan KDNK harga semasa dipengaruhi oleh inflasi.
            berlaku pertambahan penduduk dalam negara yang akan mengurangkan pendapatan per kapita.
Oleh itu kebajikan masyarakat akan menurun



(b)
Bagaimanakah data keluaran dalam negara kasar benar dapat mengukur pertumbuhan ekonomi dan tingkat kebajikan sesebuah negara ?  


[4]
            Pertumbuhan ekonomi diukur melalui peningkatan dalam KDNK benar pada sesuatu tahun berbanding KDNK benar tahun sebelumnya.

Kadar pertumbuhan
ekonomi 1
=
KDNK benar t – KDNK benar t−1
x
100
KDNK benar t−1

         Tingkat kebajikan masyarakat merujuk kepada taraf kemakmuran / pembaikan taraf hidup di sesebuah negara yang diukur dengan menggunakan  pendapatan perkapita benar.

Tingkat kebajikan negara
=
KDNK benar
Jumlah penduduk
(c)
(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan ekonomi? jelaskan petunjuk yang digunakan untuk mengukur pembangunan ekonomi.


[2]
                       Pembangunan ekonomi ialah pertumbuhan ekonomi yang diikuti oleh kenaikan taraf hidup masyarakat dari masa ke semasa.                                                                                            
                 Ia diukur dengan menggunakan KDNK benar perkapita atau KNK benar perkapita, iaitu  
Pembangunan ekonomi
=
KDNK / KNK Benar
Jumlah penduduk



(ii)
Jelaskan perubahan yang berlaku dalam sesebuah negara yang mengalami pembangunan ekonomi yang pesat

[2]
                       peningkatan kualiti hidup kerana wujudnya kesetaraaan agihan pendapatan dan pengurangan kadar kemiskinan

                       peningkatan kualiti pengeluaran akibat dari peningkatan kemahiran buruh dan perkembangan teknoligi.