Tuesday, October 29, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 4 (S14)

Tajuk: Perusahaan Kecil Dan Sederhana

14
Jelaskan dua peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan yang berikut:
 

(a)
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)
[2]

(b)
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
[2]

(c)
Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)

[2]

Jawapan Cadangan


(a)
i
Menyelaraskan pembangunan PKS melalui aktiviti promosi, penubuhan pejabat wilayah, aktiviti kajian dan pengumpulan maklumat untuk pangkalan data yang komprehensif






ii
Memberi sokongan teknikal melalui Program Pembangunan PKS serta memberi khidmat nasihat melalui Pusat Maklumat dan Khidmat Nasihat PKS






iii
Mewujudkan rantaian industri yang lebih erat antara PKS dengan syarikat besar atau syarikat multinasional melalui Program Rantaian Global dan Program Rantaian Pembekal Global





(b)
i
PKEN berfungsi sebagai pusat sehenti untuk mengendalikan peluang-peluang perniagan bagi PKS di setiap negeri.






ii
PKEN membangunkan infrastruktur fizikal dengan membeli dan membina kilang, kompleks perniagaan dan lot kedai untuk disewakan pada kadar yang lebih murah daripada kadar pasaran semasa.





(c)
i
Menawarkan kemudahan pembiayaan berasaskan syariah dan konvensional, dengan kadar keuntungan dan kadar faedah yang kompetitif dengan tempoh bayaran balik yang lebih panjang






ii
Memberi program khidmat nasihat perniagaan kepada pemohon yang berkelayakan