Friday, October 4, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 2 (S7)

Tajuk: Inflasi Dan Kos Sara Hidup

7
Jelaskan dasar-dasar yang berikut untuk mengatasi masalah inflasi


(a)
Dasar fiskal


(b)
Dasar kawalan harga


(c)
Dasar pendapatan
[6]

Jawapan Cadangan


(a)
Dasar Fiskal
Kerajaan menjalankan dasar fiskal menguncup, iaitu mengurangkan perbelanjaan kerajaan, menaikkan cukai untuk mengurangkan pendapatan boleh guna dan perbelanjaan penggunaan masyarakat  atau menjalankan kedua-dua langkah dalam (i) dan (ii) secara serentak , supaya perbelanjaan agregat dan permintaan agregat merosot.
Kemerosotan permintaan agregat akan mengurangkan tekanan inflasi di dalam ekonomi.




(b)
Dasar kawalan harga
Dasar kawalan harga seperti dasar harga maksimum dilakukan terhadap barang keperluan asas seperti beras, gula, susu, minyak masak, petrol dan lain-lain. Melalui dasar ini, tingkat harga yang dikenakan mestilah lebih rendah daripada harga keseimbangan di pasaran.
Kerajaan juga melaksanakan dasar kawalan harga yang lain seperti memperkenalkan KR1M yang menawarkan diskaun harga sehingga 40% kepada 250 barangan runcit ‘1 Malaysia’




(c)
Dasar pendapatan
Bagi mengurangkan kos pengeluaran melalui dasar upah, kerajaan perlu menetapkan kenaikan kadar upah mestilah diikuti dengan peningkatan daya pengeluaran buruh yang setara serta menguatkuasakan dasar upah maksimum yang menetapkan satu tingkat upah yang paling tinggi yang boleh dituntut oleh kesatuan sekerja
Pelaksanaan dasar upah ini boleh menyekat kenaikan upah yang berlebihan, dan boleh mengurangkan kos pengeluaran serta mengurangkan tekanan inflasi di dalam ekonomi.