Tuesday, October 22, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 4 (S4)

Tajuk: Perusahaan Kecil Dan Sederhana

4
Jelaskan empat ciri-ciri  perniagaan perkongsian
[6]
Jawapan Cadangan


(a)
Pemilikan
Syarikat dimiliki oleh dua hingga 50 orang ahli / pemegang saham dan didaftarkan dengan pendaftar syarikat di bawah Akta Syarikat 1965.




(b)
Pengurusan
Lembaga pengarah yang dilantik bertanggungjawab untuk mentadbir dan membuat keputusan untuk syarikat tanpa perlu membebankan pemegang saham.
Pemegang saham yang memegang lebih dari 51% jumlah saham syarikat, berhak mengawal syarikat.




(c)
Modal
Modal diperolehi daripada pemegang saham melalui penerbitan saham, atau pinjaman daripada institusi kewangan.
Pemindahan hak milik saham perlu mendapat kebenaran daripada pemegang saham lain.




(d)
Tanggungan / liabiliti
Pemilik atau pemegang saham menanggung liabiliti terhad, iaitu setakat jumlah sumbangan modal sahaja.




(e)
Pembahagian keuntungan
Keuntungan dibayar dalam bentuk dividen kepada pemilik atau pemegang saham.




(f)
Beban cukai
Syarikat perlu membayar cukai pendapatan syarikat. Pemilik atau pemegang saham juga dikenakan cukai pendapatan perseorangan.