Monday, July 9, 2012

Mikroekonomi: Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan Permintaan

a)
Dengan menggunakan gambar rajah, bezakan antara perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan

[6]








Perubahan kuantiti diminta merupakan pergerakan di sepanjang keluk permintaan disebabkan oleh perubahan harga harga barang itu sendiri.
 Bila harga naik dari P0 ke P1, kuantiti diminta jatuh dari Q0 ke Q1 menyebabkan titik A akan beralilh ke titik B. Bila harga jatuh dari P0 ke P2, kuantiti diminta meningkat  dari Q0 ke Q2.menyebabkan titik A beralih ke titik C
Perubahan permintaan pula adalah peralihan keluk permintaan ke kanan atau ke kiri disebabkan oleh perubahan faktor–faktor lain selain dari harga barang itu sendiri.
Pada tingkat harga yang sama iaitu P0, pertambahan permintaan akan menyebabkan keluk permintaan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1. Sebaliknya, pengurangan permintaan menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri dari D0D0 ke D2D2.

b)
Huraikan dua faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan permintaan
 [4]

i.
Perubahan pendapatan


Sekiranya pengguna menjangkakan harga sesuatu barang akan meningkat di masa depan, permintaan terhadap barang tersebut pada masa kini akan meningkat menyebabkan keluk permintaannya beralih ke kanan. Sebaliknya, keluk permintaan sesuatu barang akan beralih ke kiri sekiranya harganya dijangka menurun.




ii.
Perubahan harga barang pengganti


Peningkatan harga barang pengganti akan menyebabkan harga sesuatu barang secara relatif menjadi lebih murah. Permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat dan keluk permintaan barang tersebut akan beralih ke kanan.
Penurunan harga barang pengganti akan menyebabkan harga sesuatu barang secara relatif menjadi lebih mahal. Permintaan terhadap barang tersebut akan berkurang dan keluk permintaan barang tersebut akan beralih ke kiri




iii.
Jangkaan harga masa depan


Sekiranya pengguna menjangkakan harga sesuatu barang akan meningkat di masa depan, permintaan terhadap barang tersebut pada masa kini akan meningkat menyebabkan keluk permintaannya beralih ke kanan. Sebaliknya, keluk permintaan sesuatu barang akan beralih ke kiri sekiranya harganya dijangka menurun.


Nota: Pilih 2 isi sahaja. Terima faktor penentu permintaan yang lain selain faktor harga barang itu sendiri