Wednesday, September 25, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 2 (S1)

Tajuk: Inflasi Dan Kos Sara Hidup

1
Jelaskan secara ringkas langkah-langkah yang perlu di ambil sebelum menghitung indeks harga pengguna berwajaran


[6]
Jawapan Cadangan


(a)
Memilih tahun asas
Tahun asas ialah tahun yang tingkat harganya dijadikan perbandingan dengan tingkat harga tahun-tahun lain.
Tahun asas yang dipilih biasanya merupakan tahun yang tingkat harganya adalah stabil, iaitu tidak meningkat terlalu tinggi atau tidak jatuh terlalu rendah, dan nilainya ialah 100




(b)
Memilih barang pengguna
Barang yang dipilih ialah barang dan perkhidmatan yang mewakili barangan pengguna di dalam ekonomi, berasaskan kepada cita rasa, adat resam dan corak perbelanjaan purata masyarakat.
Di Malaysia, terdapat 430 jenis barang dan perkhidmatan yang diambil kira yang digolongkan kepada 11 kumpulan barang dan perkhidmatan.




(c)
Memberi wajaran       
Wajaran ialah kepentingan relatif sesuatu barang dalam pola penggunaan masyarakat. Ia dilihat dari aspek kepentingannya terhadap kehidupan dan jumlah perbelanjaan terhadap barang tersebut.
Kumpulan barang dan perkhidmatan yang lebih penting diberikan wajaran yang lebih besar, manakala kumpulan barang dan perkhidmatan yang kurang penting diberikan wajaran yang lebih kecil