Monday, February 11, 2013

Kelemahan Penggunaan Data Pendapatan Perkapita Benar Sebagai Pengukur Tingkat Kemakmuran Antara Negara

Huraikan kelemahan-kelemahan menggunakan KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar  / pendapatan perkapita benar sebagai pengukur tingkat kemakmuran di antara negara



[10]

(a)    Perbezaan komposisi keluaran negara
         Sekiranya KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar  / pendapatan perkapita benar di negara A lebih tinggi daripada negara B tetapi komposisi keluaran negara A lebih menekankan kepada  keperluan pertahanan berbanding dengan perkembangan sektor-sektor ekonomi di negara B, tingkat kemkmuran di negara A tidak semestinya lebih tinggi kerana komposisi keluarannya tidak memberi faedah kepada rakyat secara langsung.
         Perbezaan  komposisi keluaran negara menyebabkan KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar  / pendapatan perkapita benar tidak sesuai untuk mengukur tingkat kemakmuran di antara negara.

(b)    Perbezaan tempoh waktu bekerja
         Sekiranya KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar  / pendapatan perkapita benar di negara A lebih tinggi daripada dengan negara B tetapi tempoh waktu bekerja di negara A adalah lebih panjang, tingkat kemakmuran di negara A tidak semestinya lebih tinggi kerana tingkat kemakmuran adalah lebih tinggi jika tempoh waktu rehat lebih panjang.
         Oleh itu tingkat kemakmuran di antara negara tidak dapat dibandingkan melalui KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar  / pendapatan perkapita benar kerana perbezaan tempoh waktu bekerja / tempoh waktu rehat.

(c)    Perbezaan kesan eksternaliti negatif
         Sekiranya KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar  / pendapatan perkapita benar di negara A lebih tinggi daripada negara B tetapi kemajuan teknologi di negara A mewujudkan eksternaliti negatif seperti pencemaran yang lebih serius, taraf hidup di negara A tidak semestinya lebih tinggi kerana wujudnya pelbagai kos sosial yang perlu ditanggung olehnya.
         Perbezaan eksternaliti negatif  menyebabkan KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar  / pendapatan perkapita benar tidak sesuai untuk mengukur tingkat kemakmuran di antara negara.

(d)    Masalah Pengangguran
         Data KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar  / pendapatan perkapita benar tidak dapat menunjukkan kadar pengangguran di sesebuah negara. Ini bermakna, walau pun KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar  / pendapatan perkapita benar di negara A lebih tinggi daripada negara B tetapi jika kadar pengangguran di negara A juga lebih tinggi, tingkat kemakmurannya mungkin lebih rendah kerana ramai tenaga buruhnya tidak bekerja.
         Penggunaan data KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar  / pendapatan perkapita benar tanpa mengambil kira masalah pengangguran tidak dapat memberikan gambaran yang tepat mengenai tingkat kemakmuran di antara negara.

(e)    Perbezaan agihan pendapatan
         Taraf hidup di sesebuah negara adalah tinggi jika agihan pendapatannya lebih setara. Sekiranya KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar  / pendapatan perkapita benar di negara A lebih tinggi daripada negara B tetapi  agihan pendapatan di negara A lebih tidak setara, tingkat kemakmuran di negara A tidak semestinya lebih tinggi kerana wujud jurang agihan pendapatan yang besar antara golongan kaya dengan miskin.
         Perbezaan agihan pendapatan menyebabkan  KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar  / pendapatan perkapita benar tidak dapat memberikan gambaran yang sebenar  mengenai tingkat kemakmuran di antara negara.

(f)     Perbezaan dalam jumlah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang
         KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar  / pendapatan perkapita benar di negara A lebih tinggi daripada negara B tetapi kebanyakan kegiatan produktif seperti membersih rumah, menggosok baju dan memotong rumput tidak dilakukan sendiri, sebaliknya dibayar upah berbanding di negara B yang tidak dibayar upah. Oleh itu, tingkat kemakmuran di negara A tidak semestinya lebih tinggi kerana pengukuran tingkat kemakmuran sepatutnya mengambil kira kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang. 

 (g)    Perbezaan iklim dan perbelanjaan 
         Negara A beriklim sejuk dan negara B beriklim panas. Walau pun KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar  / pendapatan perkapita benar negara A lebih tinggi, tingkat kemakmuran di negara A tidak semestinya lebih tinggi kerana ia memerlukan perbelanjaan yang lebih besar untuk mendapatkan peralatan dan kemudahan yang lebih sesuai dengan iklimnya.
         Perbezaan iklim menyebabkan  KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar  / pendapatan perkapita benar tidak sesuai untuk mengukur tingkat kemakmuran di antara negara.