Friday, November 1, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 5 (S10)

Tajuk: Institusi Kewangan

10
(a)
Jelaskan objektif penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
 [2]

(b)
Terangkan dua kemudahan kredit yang disediakan oleh AIM  
 [4]

Jawapan Cadangan


(a)
Objektif AIM adalah membantu isi rumah miskin untuk keluar daripada garis kemiskinan melalui penyediaan peruntukan pembiayaan ikhtiar bagi membiayai aktiviti yang dapat menjana pendapatan.




(b)
i
Ikhtiar Mesra
Skim ini terbuka kepada ahli AIM yang memerlukan pembiayaan dalam pelaksanaan projek berpotensi tinggi dan berdaya maju.

Jumlah pembiayaan maksimum ialah RM19,900, tempoh pembayaran balik pinjaman antara 25 minggu – 150 minggu dan peminjam dikenakan caj pengurusan.






ii
Program Kewangan Mikro Bandar                                            Skim ini bertujuan membuka peluang kepada golongan berpendapatan rendah di bandar untuk menjalankan perniagaan sendiri.

Pembiayaan ini tidak melibatkan cagaran dan penjamin. Milikan aset pemohon mestilah kurang daripada RM50,000 dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 sebuIan.






iii
Ikhtiar Serikandi
Skim ini menyediakan kemudahan kepada ahli yang ingin mendapatkan pembiayaan  tambahan walaupun masih berhutang dengan AIM.

Jumlah pembiayaan maksimum ialah RM19 900, tempoh pembayaran balik pinjaman antara 25 minggu – 150 minggu dan peminjam dikenakan caj pengurusan.






iv
Ikhtiar Wibawa
Skim ini ditawarkan kepada ahli yang sedang mengambil Skim Ikhtiar Mesra atau Skim Ikhtiar Srikandi. Ia menyediakan pembiayaan untuk ahli yang menceburi projek bermusim atau apa-apa peluang perniagaan dalam jangka masa singkat.

Had maksimum pembiayaan ialah RM5000 dan tempoh pembayaran balik ialah enam bulan. Peminjam dikenakan caj pengurusan






v
Ikhtiar Wawasan
Skim ini menyediakan pembiayaan untuk peminjam yang menceburi Perusahaan Kecil dan Sederhana.

Jumlah pinjaman yang dibenarkan adalah antara RM20,000 hingga RM50,000, tempoh pembayaran balik antara 25 minggu hingga 250 minggu. Peminjam dikenakan caj pengurusan.






vi
Ikhtiar Penyayang
Skim ini membantu peminjam yang gagal dalam perniagaan akibat bencana alam atau perubahan persekitaran ekonomi dan sosial, supaya dapat memulihkan semula projek tersebut  atau digunakan sebagai modal memulakan projek baharu.

Had maksimum pembiayaan ialah RM5,000 , tempoh pembayaran balik antara 25 minggu hingga 150 minggu. Peminjam dikenakan caj pengurusan






vii
Ikhtiar Bestari
Skim ini bertujuan membiayai kos pendidikan dan latihan ahli yang memohon pinjaman.

Jumlah pembiayaan ialah RM5000, tempoh pembayaran balik dalam bentuk mingguan selama enam bulan atau separuh daripada tempoh pembayaran balik di bawah Skim Ikhtiar Mesra (permohonan kali pertama).






viii
Ikhtiar Sejahtera
Skim ini menyediakan pinjaman untuk membiayai perbelanjaan keperluan semasa seperti membeli rumah, mesin, tanah dan jentera, kenduri perkahwinan dan penebusan barang kemas mengikut hukum Islam.

Jumlah pembiayaan yang dibenarkan adalah antara RM2,000 hingga RM10,000,  tempoh pembayaran balik antara 25 minggu hingga 150 minggu atau lebih daripada tiga tahun. Peminjam dikenakan caj pengurusan.