Tuesday, January 15, 2013

Petunjuk Makroekonomi

Jelaskan tiga pembolehubah makroekonomi yang utama.
[6]
(a)
Pendapatan Negara / Keluaran Negara / KNK

Jumlah pendapatan faktor yang diterima oleh sesebuah negara untuk tempoh setahun  
atau
nilai keluaran yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran sesebuah negara dalam setahun
Pertambahan pendapatan negara akan meningkatkan ekonomi kerana ia mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup dan taraf kebajikan masyarakat


(b)
Pertumbuhan Ekonomi

Peningkatan dan perkembangan  tingkat kegiatan ekonomi yang membawa kepada pertambahan pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi
K/Pertumbuhan Ekonomi t
=
KDNK benar t KDNK benar (t–1)
x
100
KDNK benar (t–1)
Pertumbuhan ekonomi membawa kepada peningkatan pendapatan dan peningkatan taraf hidup masyarakat.


(c)
Kadar Pengangguran

Kadar pengangguran ialah peratusan jumlah penganggur  berbanding dengan jumlah tenaga buruh di pasaran.
Kadar pengangguran
=
Jumlah pengangguran
x
100
Jumlah tenaga buruh
Penurunan kadar pengangguran akan  meningkatkan guna tenaga, pendapatan negara, pencapaian ekonomi (pertumbuhan ekonomi) serta taraf hidup masyarakat


(d)
Kadar Inflasi

Kadar inflasi  ialah kadar kenaikan tingkat harga umum pada satu tahun tertentu berbanding dengan tahun sebelumnya.
Kadar inflasi t
=
IHt – IH (t – 1)
x
100
IH(t – 1)
Kenaikan kadar inflasi menyebabkan pendapatan benar merosot dan kuasa beli masyarakat semakin berkurang. Ia juga meningkatkan  kos hidup serta menurunkan taraf hidup / tingkat kebajikan masyarakat.


(e)
Akaun Perdagangan

Akaun perdagangan ialah akaun yang merekodkan nilai eksport dan nilai import barang nampak dalam tempoh satu tahun.
Imbangan perdagangan = nilai eksport barang nampak  – nilai import barang nampak
Sekiranya nilai eksport melebihi nilai import, maka wujud imbangan perdagangan lebihan.
Sekiranya nilai eksport kurang daripada nilai import, maka wujud imbangan perdagangan defisit / kurangan


(f)
Akaun Semasa

Akaun semasa ialah akaun yang merekodkan nilai-nilai imbangan perdagangan, imbangan perkhidmatan, akaun pendapatan dan pindahan semasa.
Imbangan akaun semasa
      = imb. Perdagangan + imb. Perkhidmatan + pendapatan + pindahan semasa
Lebihan imbangan akaun semasa akan menguntungkan negara kerana ia menunjukkan aliran wang masuk yang melebihi aliran wang keluar.  Defisit imbangan akaun semasa akan merugikan negara kerana ia menunjukkan aliran wang masuk yang kurang daripada aliran wang keluar.


(g)
Kitaran Perniagaan

Kitaran perniagaan ialah gambaran mengenai perubahan – perubahan yang berlaku kepada tingkat kegiatan ekonomi dalam jangka panjang. Kemerosotan kitaran perniagaan menggambarkan kemunduran ekonomi @ resesi yang membawa kepada tingkat pengangguran yang tinggi, manakala perkembangan kitaran perniagaan  akan membawa kepada kemakmuran dalam ekonomi pada tingkat pengangguran yang sangat rendah


(h)
Kadar bunga

Kadar bunga ialah harga/kos yang dibayar oleh peminjam kepada pemberi pinjaman sebagai imbuhan ke atas pinjaman tersebut. Ia mempunyai hubungan negatif dengan pelaburan. Penurunan kadar bunga akan meningkatkan pelaburan, perbelanjaan agregat dan  pendapatan negara. Ia akan merangsang pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup masyarakat.