Saturday, April 27, 2013

Terkurang Nilai Mata Wang Negara Dan Susut Nilai Mata Wang Asing

(a)   Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan konsep-konsep yang berikut.
        i.   Terkurang nilai mata wang negara
        ii.  Susut nilai mata wang negara asing

(b)   Terangkan  kesan susut nilai mata wang asing terhadap imbangan pembayaran Malaysia


[4]
[4]


[2]


Jawapan Cadangan

(a)    Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan konsep-konsep yang berikut.
        i.     Terkurang nilai mata wang negara
[4]
               Terkurang nilai mata wang negara ialah harga mata wang sesebuah negara (RM) dinilai lebih rendah daripada nilai kadar pertukaran keseimbangan di dalam pasaran pertukaran tetap.


               Keseimbangan asal dicapai bila keluk permintaan mata wang dolar (DD USD) bersilang dengan keluk  penawaran mata wang dolar (SS USD0) di titik E0, dengan kadar pertukaran keseimbangan US$1.00 = RM3.00

               Kerajaan merasakan pada kadar pertukaran tersebut, nilai RM  adalah terlalu tinggi, maka kerajaan menetapkan kadar pertukaran pada nilai ringgit yang lebih rendah iaitu US$1 = RM4.00, dan akan membeli lebihan penawaran mata wang dolar sebanyak Q1Q2    

        ii.    Susut nilai mata wang negara asing
[4]
               Susut nilai mata wang asing merujuk kepada kejatuhan nilai mata wang asing di pasaran bebas disebabkan oleh pengurangan permintaan mata wang asing atau pertambahan penawaran  mata wang asing


               Keseimbangan asal dicapai bila keluk permintaan mata wang dolar (DD USD) bersilang dengan keluk  penawaran mata wang dolar (SS USD0) di titik E0, dengan kadar pertukaran keseimbangan US$1.00 = RM3.00

               Pertambahan penawaran mata wang asing menyebabkan keluk SS USD beralih ke kanan dari SS USD0 ke SS USD1 menyebabkan kadar pertukaran jatuh @ susut nilai mata wang dolar  dari US$1.00 = RM 4.00 ke US$1.00 = RM 3.00


(b)    Terangkan  kesan susut nilai mata wang asing terhadap imbangan pembayaran Malaysia


[2]
        Susut nilai mata wang asing menyebabkan harga eksport Malaysia secara relatif menjadi lebih mahal dan harga import Malaysia menjadi lebih murah.

        Eksport berkurang dan import bertambah. Eksport bersih akan berkurang dan imbangan perdagangan / imbangan pembayaran Malaysia akan merosot.