Thursday, October 10, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 2 (S13)

Tajuk: Inflasi Dan Kos Sara Hidup

13
Apakah maksud belanjawan defisit ? Terangkan bagaimana kerajaan Malaysia membiayai belanjawan defisit

[6]

Jawapan Cadangan


Belanjawan defisit ialah belanjawan dimana jumlah hasil yang dikutip oleh kerajaan adalah kurang daripada jumlah perbelanjaan kerajaan.
Sumber pembiayaan belanjawan defisit ialah melalui


(a)
Pinjaman dalam negeri, melalui penjualan bil-bil perbendaharaan, sijil-sijil pelaburan dan sekuriti kerajaan kepada institusi kewangan bank dan bukan bank di dalam negara.
Sumber-sumber pinjaman antaranya ialah Bank Negara Malaysia (BNM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji (LTH), Bank Simpanan Nasional (BSN), bank-bank perdagangan, syarikat-syarikat insurans dan sebagainya




(b)
Pinjaman luar negeri melalui pinjaman pasaran dan pinjaman projek. Sumber-sumber pinjaman utama dari luar negeri ialah:-
i.   kerajaan negara asing seperti Amerika Syarikat, Jepun dan United Kingdom
ii. institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan sebagainya.