Tuesday, October 29, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 4 (S12)

Tajuk: Perusahaan Kecil Dan Sederhana

12
Terangkan tiga masalah yang dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana

  [6]

Jawapan Cadangan


(a)
Kekurangan modal dan pembiayaan
Usahawan sukar mendapat pinjaman daripada institusi kewangan kerana tidak mempu menyediakan cagaran dan penjamin.

Institusi kewangan kurang berminat untuk menguruskan pinjaman kecil kerana kadar faedah yang rendah dan kos pentadbiran yang tinggi




(b)
Kekurangan kepakaran dan tenaga buruh mahir
Wujud persaingan daripada perusahaan besar yang  menawarkan upah yang lebih tinggi dengan faedah sampingan yang lebih baik untuk mendapatkan buruh mahir.

Modal yang terhad menyebabkan PKS tidak berminat membina sistem latihan dan pembangunan kerjaya yang baik, kerana  bimbang  pekerja akan berpindah ke syarikat lain selepas menerima latihan.




(c)
Masalah pasaran dan pemasaran
PKS menghadapi persaingan daripada perusahaan besar untuk menguasai pasaran, di samping terpaksa bersaing sesama sendiri untuk menguasai baki pasaran yang terhad.

Saluran pemasaran yang tidak cekap  menyebabkan kegiatan promosi menjadi terhad. Dengan harga keluaran yang tidak kompetitif, produk PKS kurang mendapat sambutan pengguna.




(d)
Kekurangan teknologi
Industri PKS biasanya menggunakan teknik pengeluaran berintensifkan buruh dengan penggunaan peralatan dan mesin berteknologi rendah.

Teknologi yang rendah menjadi penghalang kepada kegiatan R&D. Produktiviti serta kualiti produk menjadi terjejas dan kurang mendapat sambutan pengguna.




(e)
Kekurangan bahan mentah
Kekurangan modal menjadi penghalang kepada PKS untuk menyediakan stok simpanan bahan mentah yang banyak.

Pelbagai syarat yang dikenakan untuk mendapatkan bahan mentah secara kredit serta harga bahan mentah import yang tidak stabil menyebabkan proses pengeluaran PKS terjejas.