Monday, March 4, 2013

Kesan Pertambahan Eksport Melebihi Import Terhadap Pendapatan Negara Keseimbangan

(a)   Apakah yang dimaksudkan dengan fungsi eksport dan fungsi import ?


 [2]
(b)   Berdasarkan pendekatan suntikan-bocoran, terangkan kesan pertambahan eksport yang lebih besar daripada pertambahan import terhadap tingkat keseimbangan pendapatan negara ekonomi empat sektor


 [8]


Jawapan Cadangan

 (a)  Apakah yang dimaksudkan dengan fungsi eksport dan fungsi import ?




[2]
        Fungsi eksport ialah keluk yang mengambarkan hubungan di antara eksport dengan pendapatan negara

        Fungsi import ialah keluk yang menunjukkan hubungan di antara import dengan pendapatan negara

(b)   Berdasarkan pendekatan suntikan-bocoran, terangkan kesan pertambahan eksport yang lebih besar daripada pertambahan import terhadap tingkat keseimbangan pendapatan negara ekonomi empat sektor


[8]


        Keseimbangan asal dicapai apabila  keluk S+T+M0  bersilang dengan keluk I+G+X0 di titik  E0 pada pendapatan negara Y0.

        Pertambahan eksport akan mengalihkan keluk I+G+X0 ke  I+G+X1. Sebaliknya, pertambahan import akan mengalihkan keluk  S+T+M0 ke S+T+M1.

        Peralihan keluk I+G+X adalah lebih besar daripada peralihan keluk S+T+M kerana  pertambahan eksport yang lebih besar daripada pertambahan import.

        Pada Y0,  suntikan melebihi bocoran.  Inventori akan berkurang, firma meningkatkan pengeluaran dan pendapatan negara akan meningkat. Proses ini akan berterusan  sehingga  keseimbangan baru dicapai di titik E1,  dengan pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1