Wednesday, September 26, 2012

Monopoli: Ciri-Ciri Monopoli

(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan monopoli ? Jelaskan bentuk keluk jumlah hasil dan keluk hasil sut firma monopoli.

[4]

Monopoli merupakan satu bentuk pasaran yang terdiri daripada pengeluar tunggal yang mengeluarkan keluaran yang tidak mempunyai pengganti yang hampir serta mempunyai kuasa untuk menentukan harga keluaran.

Keluk jumlah hasil firma monopoli pada mulanya mencerun positif tetapi kemudiannya mencerun negatif @ pada mulanya menaik tetapi kemudiannya menurun.
Keluk hasil sut firma monopoli pula mencerun negatif dari kiri ke kanan

(b)
Jelaskan tiga ciri – ciri pasaran monopoli
[6]


i
Pengeluar tunggal


Di dalam pasaran monopoli, hanya wujud sebuah firma sahaja yang mengeluarkan barang.  Ini bermakna, semua pengguna terpaksa membeli barang daripada firma ini sahaja. Oleh itu, firma tersebut juga merupakan industri di dalam pasaran monopoli




ii
Keluaran tidak mempunyai penganti hampir


Keluaran yang dihasilkan oleh monopoli tidak mempunyai penganti yang hampir. Pengguna tidak mempunyai pilihan melainkan menggunakan barang itu sahaja dan terpaksa membeli barang dari firma monopoli sahaja.




iii
Firma merupakan penentu harga


Firma monopoli mempunyai kuasa monopoli yang membolehkannya menentukan harga atau kuantiti keluaran di pasaran, tetapi tidak boleh menentukan kedua–duanya dalam satu masa. Ini disebabkan firma monopoli dikawal oleh keluk permintaannya yang mencerun negatif, dimana jika firma menentukan harga, maka kuantiti keluaran akan ditentukan oleh pasaran.




iv
Tiada kebebasan keluar masuk


Dalam pasaran monopoli, tidak ada kebebasan keluar masuk kerana wujudnya berbagai sekatan yang menghalang kemasukan firma baru seperti perlindungan undang–undang, keperluan teknologi yang tinggi dan pemilikan faktor pengeluaran yang tertentu. Halangan ini memyebabkan firma monopoli mendapat untung lebih normal di dalam jangka panjang 




v
Pengiklanan tidak penting


Aktiviti pengiklanan tidak diperlukan di dalam pasaran monopoli kerana ia tidak menghadapi persaingan daripada firma lain. Sekiranya firma menjalankan pengiklanan, ia mungkin hanya untuk memaklumkan produk mereka kepada pelanggan sahaja.


Pilih tiga fakta sahaja