Sunday, August 26, 2012

Mikroekonomi: Hukum Pulangan Sut Berkurang


a)
Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, terangkan hukum pulangan sut berkurang

[6]


 Hukum pulangan berkurang menyatakan apabila faktor berubah ditambah secara berterusan kepada faktor tetap, selepas titik tertentu akan menghasilkan keluaran sut yang semakin berkurang sehingga mencapai sifar.

Hukum pulangan berkurang ditunjukkan oleh keluk MP yang mula menurun bermula dari titik maksimum di titik a dan berakhir apabila MP = 0 di titik b

Ia menunjukkan apabila input berubah ditambah secara berterusan bermula dari L1 unit, tambahan keluaran yang diperolehi menjadi semakin berkurang sehingga akhirnya menyamai sifar pada penggunaan L2 unit input berubah.

b)
Berdasarkan gambar rajah yang sesuai, terangkan hubungan di antara keluaran purata dengan keluaran sut

[4]



Ketika keluk AP sedang meningkat, keluaran sut melebihi keluaran purata (MP > AP)
Ketika keluk AP mencapai maksimum, keluaran sut menyamai keluaran purata (AP = MP)
Ketika keluk AP sedang menurun, keluaran sut lebih kecil daripada keluaran puarta (MP < AP)