(a) Apakah cukai tetap ? Terangkan bagaimana cukai tetap mempengaruhi perbelanjaan penggunaan
|
[4]
|
(b) Terangkan
faktor – faktor yang mempengaruhi perbelanjaan kerajaan
|
Jawapan Cadangan
(a) Apakah cukai tetap ? Terangkan bagaimana cukai tetap mempengaruhi perbelanjaan penggunaan |
[4] |
|
Cukai
tetap (cukai sekali gus) ialah cukai
yang nilainya adalah tetap pada berbagai–bagai tingkat pendapatan
Cukai sekali gus akan mengurangkan pendapatan bolehguna
sebesar ∆T, menyebabkan
perbelanjaan penggunaan berkurang sebesar
∆C = – MPCyd x ∆T
Diberikan
C= 1000 + 0.75Yd dan T = 400
Maka:
C0 = 1000 + 0.75Yd (fungsi sebelum
cukai)
= 1000 + 0.75 (Y–T)
= 1000 + 0.75 (Y–400)
= 1000 + 0.75Y – 300
C1
=
700 + 0.75Y
Berdasarkan
kepada contoh pengiraan, cukai tetap sebanyak 400 menyebabkan penggunaan
berkurang sebanyak 300 iaitu
ΔC = –
MPCyd.ΔT
= – 0.75 x 400
= – 300
|
||
(b) Terangkan
faktor–faktor yang mempengaruhi perbelanjaan kerajaan
|
[6]
|
|
i. Jangkaan cukai yang diterima
Kerajaan akan melihat taksiran jumlah
cukai yang akan diterimanya sebelum menyusun anggaran perbelanjaannya.
Semakin besar jumlah cukai yang akan diterimanya, semakin besar pula
perbelanjaan kerajaan
|
||
ii. Matlamat-matlamat ekonomi yang akan dicapai
Semasa
kemelesetan ekonomi dan pengangguran, kerajaan akan meningkatkan
perbelanjaannya untuk memulihkan ekonomi bagi mencapai tingkat guna tenaga
penuh.
Semasa
inflasi, kerajaan akan mengurangkan perbelanjaannya untuk mengurangkan
tekanan tingkat harga umum terhadap ekonomi negara
|
||
iii. Pertimbangan politik
Pada masa pilihanraya, perbelanjaan
kerajaan akan meningkat kerana kerajaan cenderung berbelanja lebih banyak
untuk pembangunan agar mendapat sokongan berterusan dari rakyat.
|
||
iv. Keselamatan negara
Pemodenan angkatan tentera melalui
pembelian alat–alat persenjataan yang canggih untuk mengekalkan keamanan
negara dari ancaman dalam dan luar negeri, akan meningkatkan perbelanjaan
kerajaan
(Nota: 3 isi sahaja)
|