Thursday, September 19, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 1 (S2)

Tajuk: Pengangguran, Guna Tenaga Dan Upah

2
Terangkan perbezaan jenis pengangguran yang berikut


(a)
Pengangguran geseran dengan pengangguran kitaran
[3]

(b)
Pengangguran teknologi dengan pengangguran struktur
[3]

Jawapan Cadangan


(a)
Pengangguran geseran dengan pengangguran kitaran


Pengangguran geseran berlaku kerana tenaga buruh berhenti kerja untuk mendapatkan kerja baru yang lebih tinggi gajinya atau lebih sesuai dengan kemahirannya.
Ia berlaku ketika ekonomi melambung atau ketika ekonomi mencapai guna tenaga penuh. Kadar pengangguran kurang dari 4 % atau 5 %.

Pengangguran kitaran berlaku disebabkan oleh kejatuhan permintaan agregat pada masa kemelesetan ekonomi, menyebabkan firma terpaksa mengurangkan pengeluaran. Oleh itu permintaan terhadap buruh berkurang, menyebabkan lebih ramai pekerja yang kehilangan kerja dan menganggur.




(b)
Pengangguran teknologi dengan pengangguran struktur


Pengangguran teknologi berlaku kerana perkembangan teknologi yang membawa penggantian tenaga manusia oleh mesin, jentera dan bahan kimia. 
Penggunaan teknologi telah mengurangkan penggunaan tenaga buruh kurang mahir dalam aktiviti pengeluaran di kilang-kilang, menyebabkan sebahagian daripada tenaga buruh terpaksa menganggur.

Berpunca daripada kemunduran di sesetengah industri kerana wujudnya barang baru yang lebih baik, kemajuan teknologi yang mengurangkan permintaan sesuatu barang dan kos pengeluaran yang tinggi
Aktiviti pengeluaran industri tersebut merosot sehingga sebahagian daripada tenaga buruh terpaksa dibuang kerja dan menganggur.