Saturday, October 19, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 3 (S8)

Tajuk: Perdagangan Antarabangsa Dan Imbangan Pembayaran

8
Terangkan akaun-akaun dalam imbangan akaun semasa yang berikut


(a)
akaun perdagangan dan akaun perkhidmatan
[2]

(b)
akaun pendapatan
[2]

(c)
akaun pindahan semasa
[2]

Jawapan Cadangan


(a)
Akaun perdagangan merekodkan perbezaan di antara nilai eksport dan nilai import barang nampak di antara negara, seperti hasil keluaran utama dan barang keluaran kilang

Akaun perkhidmatan merekodkan perbezaan di antara nilai eksport dan import perkhidmatan di antara negara seperti pengangkutan, perjalanan, urus niaga kerajaan dan perkhidmatan lain.




(b)
Akaun pendapatan merekodkan perbezaan nilai pendapatan pelaburan dan pampasan kepada pekerja yang diterima dari luar negeri dengan yang dibayar ke luar negeri.

Pendapatan pelaburan meliputi keuntungan, bunga atas modal yang dilaburkan dan dividen, manakala pampasan kepada pekerja meliputi gaji, upah dan faedah-faedah lain yang diterima oleh pekerja.  




(c)
Pindahan semasa merekodkan perbezaan nilai bayaran pindahan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta yang diterima dari luar negeri dengan yang dibayar ke luar negeri.

Pindahan semasa melibatkan bayaran pindahan oleh kerajaan kepada kerajaan negara lain dan penduduk sesebuah negara kepada penduduk di negara lain