Wednesday, July 25, 2012

Mikroekonomi: Lebihan Pengguna

a)
Dengan memberikan contoh berangka, terangkan bagaimana lebihan pengguna dihitung.
   
 [4]
Kuantiti limau (kg)
Harga yang sanggup dibayar oleh pengguna (RM/kg)
Harga yang dibayar di pasaran (RM/kg)
Lebihan pengguna
1
4
3
1
2
3
3
0
Jumlah lebihan pengguna
1

Pada kuantiti limau 1 kg, harga yang sanggup dibayar ialah RM4.00 per kg sedangkan harga yang sebenarnya dibayar ialah RM3.00. Oleh itu lebihan pengguna ialah RM4.00–RM3.00 = RM1.00
Pada kuantiti limau 2 kg, harga yang sanggup dibayar ialah RM3.00 per kg sedangkan harga yang sebenarnya dibayar ialah ialah RM3.00. Oleh itu lebihan pengguna ialah RM3.00–RM3.00 = RM0.00
Maka jumlah lebihan pengguna ialah RM1.00 + RM0.00 = RM1.00

b)
Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan terhadap lebihan pengguna telefon bimbit jika berlaku


i.
perkembangan teknologi pengeluaran telefon bimbit
[3]
Kemajuan teknologi akan meningkatkan daya pengeluaran telefon bimbit dan menjimatkan kos pengeluaran.
Penawaran telefon bimbit akan bertambah dan keluk penawaran beralih ke kanan dari S0S0  ke S1S1.
Harga akan jatuh dari P0 ke P1 dan kuantiti bertambah dari Q0 ke Q1
Lebihan pengguna bertambah dari AP0E0  ke  AP0E1


ii.
kenaikan kos pengeluaran telefon bimbit
[3]
Kenaikan kos pengeluaran menyebabkan penawaran berkurang. Keluk penawaran beralih ke kiri dari S0S0  ke S1S1.
Harga akan naik dari P0 ke P1 dan kuantiti berkurang dari Q0 ke Q1
Lebihan pengguna berkurang dari AP0E0  ke  AP1E1