Saturday, October 6, 2012

Perbandingan Monopoli Dengan PPS

Dengan bantuan gambar rajah, bandingkan keseimbangan jangka panjang di antara pasaran persaingan sempurna dengan pasaran monopoli


[10]

(a)
Tingkat harga keluaran

Pada tingkat keseimbangan, firma pasaran persaingan sempurna mengenakan harga sebanyak  P1, manakala firma monopoli mengenakan harga sebanyak P2. Oleh itu, tingkat harga firma monopoli adalah lebih tinggi daripada tingkat harga firma pasaran persaingan sempurna


(b)
Kuantiti keluaran

Pada tingkat keseimbangan, tingkat keluaran firma pasaran persaingan sempurna ialah Q1 unit, manakala tingkat keluaran firma monopoli ialah Q2 unit. Oleh itu, kuantiti keluaran firma pasaran persaingan sempurna adalah melebihi kuantiti keluaran firma monopoli.


(c)
Untung

Pada tingkat keseimbangan, firma pasaran persaingan sempurna hanya menikmati untung normal. Sebaliknya, firma monopoli menikmati untung lebih normal sebanyak P3P2AB. Oleh itu, tingkat keuntungan yang diperolehi oleh firma monopoli adalah melebihi untung firma pasaran persaingan sempurna.


(d)
Kecekapan peruntukan

Pada tingkat keseimbangan, firma pasaran persaingan sempurna mencapai kecekapan peruntukan kerana mengeluarkan keluaran ketika harga menyamai kos sut (P=MC). Sebaliknya, firma monopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan kerana mengeluarkan keluaran ketika tingkat harga lebih besar daripada kos sut (P>MC)


(e)
Kecekapan pengeluaran

Pada tingkat keseimbangan, firma pasaran persaingan sempurna mencapai kecekapan pengeluaran kerana mengeluarkan keluaran ketika kos purata minimum.
Sebaliknya, firma monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana mengeluarkan keluaran ketika kos purata sedang menurun

Nota: Pilih  4 isi sahaja. Rajah 2 markah